of Muslim Men and Injustice

Poligami merupakan salah satu permasalahan yang boleh menggugat kedudukan kaum wanita dan membangkitkan kemarahan mereka, hal itu kerana secara fitrahnya, seorang wanita tidak ingin dimadukan oleh suaminya, pandangan mengenai isu poligami ini juga berbeza beza, ada yang berlebihan dan ada yang acuh tak acuh kerana malu…. mungkin atas dasar ini, lelaki yang ingin berpoligami, mengambil pendekatan memilih untuk melaksanakannya secara senyap…

Kemas kemas laci, tiba2 terjumpa keratan akhbar yang tersimpan rapi sejak 18 tahun lepas, bercerita tentang “Of Muslim men and injustice” yang ditulis oleh seorang wanita melalui “Letter of the day”….. Apa yang kak sweetkurma faham, wanita ini tidak setuju dengan alasan yang diberikan untuk lelaki berpoligami…..

Bangunan Tabung Haji (sumber : google)
Bangunan Tabung Haji (sumber : google)

Tulisnya : he said it was because women don’t take care of themselves, when they first get married they have 35-25-35 figure and look like the Tabung Haji building, BUT after 10 years they look like the Dayabumi building, bulky and shapeless… this naturally forces husbands to look at other women. He was silent about men growing pot bellies, losing their hair and turning into couch potatoes…

Bangunan Dayabumi (Sumber Google)
Bangunan Dayabumi (Sumber Google)

Kalau betul lah, punca suami cari lain sebab fizikal isteri berubah dari kecil kepada besar bagai johan…. emmm memang silap lah sebab ramai juga isteri baru, yang dikahwini si suami yang mempunyai bentuk badan macam tabung haji dan selepas melahirkan berubah menjadi lebih berisi @ gempal, ini memang kak sk nampak sendiri…. jadi pi mai pi mai tang tu jugak…

lebih baik buang dari isi semula hehehe
lebih baik buang dari isi semula hehehe

Apa pun poligami sememangnya dibolehkan dalam islam dan biarlah ianya dilaksanakan kerana Allah SWT….. Kak sk pun tidak tahu kenapa menyimpan keratan akhbar tersebut, tapi yang pastinya 2 tahun selepas itu, poligami pun berlangsung….

Kelihatannya pahit tetapi sebenarnya manis……

❤️
starlady
4 October 2016

Sila Kongsi :