Berpisah Jua

Seronok rasanya mengikuti gegar vaganza musim ke 3 ni, walau ada ketika tidak dapat memgikuti waktu siarannya tapi dapat tengok siaran ulangannya dan kadang2 kawan2 update status di facebook…. secara keseluruhannya telah banyak peningkatan dari semua sudut… cewahhh macam bagus jer kan kak sk nih huhu…. apa pun memang terbaik lah termasuk lah rakan blogger kita zarul umbrella “jangan kata abang tak payung”….

“Berpisah jua” oleh Elly Mazlein tetap menyentuh hati wanita kak sk nih…. siapa lah yang mahu kan perpisahan kan..? tapi kalau itu jalan terbaik, maka harungi lah dengan sejuta ketabahan… sebak lah pulak huhu…..

Walaupun kak sk adalah team zarul umbrella, ya lah kan sesama blogger so kenalah support each other kan… hihi tapi kak sk macam lebih suka mengikuti perkembangan elly mazlein dari segi lagu2 yang diberikan semuanya macam kena dengan kisah hidupnya, setakat 3 minggu ni lah kan….

Minggu ke dua, beliau membawa lagu “berpisah jua” begitu menjiwai, ini bagi pandangan kak sk lah, pandangan orang lain kak sk tak ambil pusing hihi….apa pun bertabah lah hendaknya ya….
InsyaAllah suatu saat semuanya akan berlalu dengan sendirinya…

gambar hiasan (sumber google)
gambar hiasan (sumber google)

Moga kita semua dapat melihat kesusahan itu sebagai cabaran dan hiburan dalam hidup ini… Kesusahan boleh membuatkan hidup kita lebih menarik dan diri kita lebih tabah… Nikmati dan hadapi dengan kesabaran juga dengan senyuman yang manis….

Tidak ada perkahwinan yang mudah kerana ianya merupakan komitmen seumur hidup baik atau buruk… Jika cinta dibingkai dengan niat yang baik dan batasan yang menuruti syariat, maka ia akan membawa banyak kemudahan dan kebahagiaan….

gambar hiasan (sumber surihati mr pilot)
gambar hiasan (sumber surihati mr pilot)

sudah ditakdirkan bertemunya sepasang insan dalam ikatan suami isteri dari jenis yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan karektor yang berbeza – perbezaan pendapat dan kekurangan masing2 hanya boleh dieratkan dengan kesabaran dan persefahaman….

Hadir lah duhai cinta….

Love
Starlady

Sila Kongsi :