Ada Cinta Di Matamu

CINTA itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji…. (Hamka)

Keindahan seorang wanita harus dilihat dari dalam matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta menetap…. Ramuan cinta yang tepat dapat menghilangkan rasa sakit dan mengubahnya menjadi kebahagiaan……

Bertahun-tahun, dia menyimpan kedukaan, keperitan, kelukaan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata, menyimpan rapi disematkan dalam hati. Menyembunyikan sesuatu yang peribadi, harga sebuah kesabaran bertahun-tahun yang lalu. Terima kasih pertemuan dan hari ini dia sudah mampu untuk memberikan senyuman kerana kesabaran itu sudah dihadiahkan satu kemenangan……

gambar hiasan

Setelah sekian lama mencari di mana harga diri, di mana kesilapan diri, dia bangun semula bersama tekad di hati, meski disingkir, meski diuji, namun jiwanya tak pernah mati…. Bahagia mesti dicari, peristiwa pahit mesti dilupai kerana hati wanitanya percaya, esok masih ada cahaya, masih ada sinar bahagia……

CINTA adalah sesuatu yang menakjubkan, kita tidak perlu mengambilnya dari seseorang untuk memberikannya kepada orang lain, kita selalu memilikinya lebih dari cukup untuk diberikan kepada orang lain….

Lelaki itu…..
Cinta yang jelas kelihatan di matamu amat wajar untuk kau simpan, tanpa perlu berselindung disebalik muslihat yang kau tonjolkan agar ianya tidak kelihatan…. Cara ini telah membuat kecewa di hati orang lain, kerana dia rasa disakiti…. Jangan cuba membuka kelemahan diri dengan cinta yang tersimpan, ada banyak cara untuk kau sembunyikan walau sukar untuk ditelan…..

Simpan lah tanpa kesakitan…..

Love
Starlady

Sila Kongsi :