#LangkahLuqman : Semporna, Sabah

Luqman adalah anak bongsu sweetkurma dari dua orang adik beradik, baru sahaja menamatkan pengajian dari kolej multimedia kuala lumpur. Tamat sahaja pengajian luqman dilamar syarikat produksi sebagai jurukamera, tiga bulan bersama syarikat produksi tersebut luqman mendapat banyak pendedahan tentang tugasnya di bawah pengawasan seorang Pengarah wanita yang berkaliber….

sweetkurma dan luqman

Luqman mula diberi pendedahan sebagai jurukamera bersama rakan yang lain, di beberapa lokasi. Sweetkurma akan mula menulis kembara langkah luqman, bermula Kota Kinabalu dan Semporna, Sabah. Ini merupakan pengalaman pertama luqman menjejakkan kaki di bumi Sabah, alhamdulillah….

selamat sampai kota kinabalu, sabah

Penerbangan luqman pada 30 Disember 2016 dari KLIA ke Kota Kinabalu jam 6.45 pagi dan selamat sampai di Airport Kota Kinabalu jam 9 pagi. Alhamdulillah luqman di jemput keluarga Pegarah wanita tersebut terus ke rumah untuk berehat seharian, sebelum meneruskan perjalanan ke Semporna, di sebelah malamnya….

Pada hari yang sama di sebelah malam luqman bersama rakan sekerja yang lain mula meneruskan perjalanan dengan menaiki Bas Manis Linear. Harga tiket bas adalah RM75.00 untuk seorang. Bertolak dari Terminal Bas Inanam, jam 7.30 malam menuju ke Semporna sejauh 600 km, mengambil masa lebih kurang 8 jam tempoh perjalanan untuk sampai ke destinasi (terminal semporna) kira2 jam 4 pagi. Sepanjang perjalanan bas berhenti lebih 5 kali kerana menurunkan penumpang dan satu kali berhenti di kedai makan untuk makan juga berehat…..

karipap inti mee, sebahagian hidangan sarapan

Sampai di Semporna, subuh di rumah keluarga Pengarah, selepas subuh terus keluar untuk photoshoot pemandangan ketika fajar dan berehat untuk sarapan. Hidangan sarapan tiada beza dengan Kuala Lumpur cuma kelainan pada karipap yang ber-inti mee…

Untuk pertama kali menjejakkan kaki di Semporna yang dikenali sebagai salah satu tempat perlancongan bertaraf antarabangsa, luqman begitu teruja untuk menjejakkan kaki di beberapa kepulauan Semporna.

Luqman dijangka berada di sini selama 7 hari, InsyaAllah akan banyak lagi kisah dan gambar2 menarik,  Sweetkurma akan kongsikan di entri seterusnya….

Love

Sila Kongsi :