Bahagia Yang Dicari

Salam Bahagia

Tragedi dalam hidup bukan saat kita ditinggalkan orang-orang yang kita sayang atau perlukan TETAPI saat kita meninggalkan diri kita sendiri. Memang tragis dan menyedihkan bila diri yang sepatutnya kita hargai dan sayangi, telah jauh kita tinggalkan. Menyedari ini semua, sweetkurma tiba-tiba terhenti dari perjalanan yang kian jauh meninggalkan diri sendiri. Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk sweetkurma kembali menemui diri sendiri dan mula berdamai.

Selepas melalui dua fasa kegagalan dalam perkahwinan, sweetkurma meninggalkan Danau Kota selepas 25 tahun menjadi warganya dengan berpindah ke Bangi. Setelah menjadi warga Bangi, sweetkurma mula mencari punca kepada kegagalan tanpa menyalahkan orang lain. Bila proses pencarian punca bermula, sweetkurma sebenarnya tidak tahu apa cara terbaik untuk mendapatkannya. Maklumlah, sweetkurma orang bisnis, jadi masa untuk mencari punca sebenar agak terbatas. Hendaknya bila berurusan dengan bisnis baru yang memerlukan untuk berjumpa orang setiap hari, bukan saja dalam kawasan tapi di luar kawasan juga.

Terlalu sibuk dengan bisnis yang baru, maka bisnis tudung yang diusahakan bertahun tahun mula terabai. Urusan untuk mencari punca mula perlahan dan akhirnya terhenti begitu sahaja. Sehingga satu hari keluarga sweetkurma menjadi mangsa penipuan dalam perniagaan. Rentetan dari situ, anak dan menantu pun bekerja semula dan berpindah ke kuala lumpur manakala yang anak bongsu pun bekerja di kuala lumpur. Sweetkurma berpindah ke setia ecohill meneruskan kehidupan dan masih meneruskan perniagaan yang ada dan kadang2 ke shah alam beberapa hari untuk perniagaan kasut kesihatan.

Hidup sendirian adalah saat yang paling indah untuk sweetkurma mencari punca kegagalan bukan saja dalam perkahwinan juga dalam perniagaan. Sweetkurma mula menyedari semua yang berlaku adalah berpunca dari diri sweetkurma sendiri. Semua berlaku kerana sweetkurma memberi peluang dan laluan untuk ianya berlaku. Sweetkurma berjumpa seseorang yang merupakan pakar aura reiki. Dari dia sweetkurma mula mendalami aura secara istiqomah juga amalkan. Sebelum ini sweetkurma ada belajar juga tapi lepas belajar ilmu yang ada tidak diamalkan.

Bermula dengan peringkat permulaan hingga ke lanjutan tentang aura, sweetkurma amalkan dan saat itu juga mula berniaga produk-produk aura. Dalam ilmu aura sudah pastinya kita belajar untuk menghidupkan aura yang ada ke arah kehidupan yang sangat positif dan tidak boleh sekali kali bersangka-sangka kerana ianya dalam kategori doa. Dari detik ini sweetkurma mula menemui punca yang sebenar dan terus mencari dari sumber2 yang kuat melalui pembacaan juga video dari pakar meditasi dan terapi jiwa.

Allah mengikut sangkaan hambaNya Maksudnya, Allah menurut dan mengikut sebagaimana prasangka hambaNya. Jika seorang hamba bertaubat dengan Taubatan Nasuha (yang tulus ikhlas), maka Allah akan menerima taubatnya.

Jika dia yakin doanya akan dikabulkan, maka Allah akan mudah mengabulkan. Berbeza keadaannya, jika seseorang itu sejak awal, sudah berputus asa dan sudah berburuk sangka terhadap Allah.

Mula-mula sweetkurma berdamai dengan diri sendiri dulu. Bersyukur dengan anugerah Allah buat diri sendiri yang cukup sifat dan tidak ada sedikit pun kecacatan. Berhenti berkata sesuatu yang tidak baik tentang diri sendiri, terima semuanya dengan ikhlas. Kalau kita sendiri tidak terima diri kita, maka jangan bermimpi yang orang lain juga akan menerima kita. Maka berhenti merungut, contohnya : “aku ni gemuk lah, aku ni tak cantik lah, aku ni gitu lah, aku ni gini lah” bila keluar rungutan bermakna kita tidak berdamai dengan diri kita, kita tidak terima ketidak sempurnaan yang kita rasakan atas diri kita. Jadi, kalau ini berlaku “ada ke orang lain yang nak terima kita dengan ikhlas, sedangkan kita sendiri tidak terima?”…..

Selepas itu, sweetkurma mula berdamai dengan masa lalu iaitu dengan memaafkan juga menjadikan masa lalu itu sahabat, bila jadi sahabat dan berdamai, maka semuanya kita rasakan indah belaka walau sebelum ini ianya sesuatu yang menyakitkan untuk dikenang. Bukan itu saja, sweetkurma terus berdamai dengan apa yang di belakang juga yang kedepannya, berdamai dengan persekitaran juga apa2 saja yang Allah hadirkan, alhamdulillah syukur hidup semakin bahagia dari hari ke hari.

Terapi jiwa adalah jawapan yang paling tepat dari semua persoalan bahawa apa-apa saja yang berlaku adalah atas kehendak kita sendiri. Menerima apapun keadaan dan kondisi kita, dengan menyedari bahawa semua yang terjadi dan kita alami adalah hasil dari undangan kita sendiri, sehingga kita lebih banyak mengenali juga berdamai dengan diri sendiri tanpa menyalahkan nasib dan orang lain.

Manusia adalah magnet dan setiap detail dari peristiwa yang dialaminya datang atas daya tarik (undangannya) sendiri. JADI, untuk kita berasa bahagia maka undanglah bahagia. Kalau ada dua pilihan antara bahagia dan derita maka pilihlah bahagia. InsyaAllah bahagia lah kita, ameen.

Sebenarnya banyak lagi yang sweetkurma nak kongsikan tentang bahagia dan terapi jiwa ini, insyaAllah akan ada sambunganya nanti. Dikesempatan ini sweetkurma ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2018, moga semua yang diazamkan akan tertunai, ameen

Sayang Selalu
Sweetkurma
❤️💙

Sila Kongsi :