Sepi Tanpa Penjelasan

Senja, kau tidak pernah berbohong, kau selalu datang tepat waktu. Tidak seperti dia yang hilang bersama ribuan pertanyaan….

Tuhanku

Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku, tercipta buatku dekatkan lah hatinya dengan hatiku, tetapkan lah kemesraan antara kami, agar kebahagiaan ini kekal abadi, seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini  ke tepian yang sejahtera…..

Tuhanku

Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milik ku, bawalah dia jauh dari pandangan ku, luput dari ingatan ku dan peliharalah aku dari kecewa dan kurniakan lah aku kekuatan untuk melontar bayangannya ke dada langit, hilang bersama senja nan merah dan gelap pekat awan, agar aku boleh bahagia walaupun tanpa dirinya….

Tuhanku

Biarkanlah yang hilang dan tumbuhkan lah kembali yang telah patah, meskipun tidak sama dengan dirinya.  Biar sekuat mana aku menyintainya, aku pohon agar Engkau lenyapkan perasaan ini, sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku….

Tapi sekiranya dia ditakdirkan untuk ku, ku pohon agar Engkau memperkuatkan kasihku padanya, selagi TIDAK melebihi kasihku padaMU…

آمــــــــــــــــــين آمينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sila Kongsi :