20 tahun with full-package service

assalamualaikum dan selamat sejahtera

dah lama tak bersiaran dengan sedikit tulisan selain gambar2 model dan tudung2 yang dikeluarkan oleh little scarf collections….

syukur alhamdulillah, malam tadi 20hb november 2013 dapat meraikan sama majlis kecil ulang tahun perkahwinan yang ke 20 seorang sahabat di Prince Hotel, Kuala Lumpur…. sejak mengenali pasangan ini sejak 10 tahun yang lepas, aku dapat serba sedikit rahsia mengapa mereka kekal bahagia hingga kini, mereka merupakan pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain, banyak tolak ansur antara satu sama lain, banyak memahami antara satu sama lain, tidak dominan antara satu sama lain, tidak berprasangka buruk antara satu sama lain dan yang paling penting saling memaafi antara satu sama lain…. atas dasar ini lah, mereka saling menerima dan memberi “full-package service” dalam melayari rumahtangga….

20th

20th.1

20th.3

untuk tahu lebih lanjut bagaimana mereka berdua melayari bahtera rumahtangga selama 20 tahun, boleh layari blog milik pasangan ini….

perkataan “full-package service” saya dapat dari blog rakan saya, kujie (minta maaf, dah taip baru minta izin huhu)….

doa ku titip buat mu teman, moga beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat, amin Ya Allah

selamat ya

InshaAllah

Sila Kongsi :