“Abang Ensem Di Mata Aku”

Kenal Lokasi

Secara jujur akak tidak mengenali abang ensem (AE) secara dekat tapi pernah dekat2 hehe…dekat2 semasa pementasan theater ombak rindu versi blogger yang diarahkan oleh tuan director yang kacak zarul…. dalam majlis sepetang bersama blogger anjuran Denaihati.com

detik aku mengenali abang ensem secara tidak sengaja

Dari sini lah akak boleh menilai serba sedikit tentang abang ensem… orangnya sangat sporting dan agak mudah didekati (opsss maksud akak utk berkongsi ilmu)…abang ensem salah seorang blogger yang memenangi cabutan bertuah tajaan Little Scarf Collections (LSC), sebagai tuan punya LSC akak menghampirinya untuk ambik gambar, dia dengan sportingnya memberi kerjasama… so ini buktinya ….

abang ensem bersama hadiah cabutah bertuah tajaan LSC

Akak rajin jugak terjah blog abang ensem, kebanyakkannya berkisar tentang hartanah, jadi akak tidak terperanjat bila tengok blog dia dikeliling e-book berkenaan dengan hartanah…

Walaupun abang ensem tergolong dikalangan blogger yang dah ada nama, sebagai pendatang baru, akak rasa seronok bila dia mengucapkan selamat datang ke dunia baru sebagai blogger…

hehe kenangan dalam majlis sepetang bersama blogger

Akak mempunyai pengalaman yang agak menarik dengan AE bila diberi peluang oleh zarul untuk berduet dengan beliau untuk lagu ombak rindu…walaupun dia agak tercungap-cungap (jangan mare hehe) semasa menyanyikan lagu ombak rindu tapi akak rasa seronok jugak…

Memang kami tidak sehebat Adira dan Hafiz tapi sekurang kurangnya kami berani mencuba sesuatu yang sangat2 baru…memang seronok bila mengenali AE melalui “kenal lokasi” di pementasan ombak rindu versi blogger…

Memang BEST mengenali AE….KO ADA…? heee

Ucapan tahniah buat AE atas kelahiran ahli baru dalam keluarga beliau…

Sila Kongsi :