ahad yang meriah

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

pagi2 dah dapat whatsApp dari customer…”kak kalau serbu awal pagi boleh ke?”…tengok jam baru pukul 9 pagi, mandi tak lagi duha pun tak lagi, so jawap jer lah “boleh selepas 10.30 pagi….akak pun apa lagi cepat2 mandi, solat sunat duha dan sarapan, abis sarapan dan duduk kejap, suara orang memberi salam, oh customer pertama dah sampai….hampir dua jam memilih, 3 beg besar dibawa pulang, ribu riban jugak lah dia borong, tapi dia borong bukan nak pakai tapi untuk di jual semula di pejabat dan jiran2….

memang dah jangka ramai yang nak serbu kedai, malam tadi dah kemas dan susun elok2
memang dah jangka ramai yang nak serbu kedai, malam tadi dah kemas dan susun elok2

ada customer baru datang, cari tudung jalan dan juga tudung umrah, pertama kali datang, akak tak kenal dia, dia pun tak kenal akak, tapi anak kami berkawan baik, rupa2nya masa musim haji 2011 dia pergi menunaikan haji, oleh kerana dia emak kawan anak, akak dengan ikhlas menghadiahkan 3 helai tudung umrah/haji, sejak pakai tudung yang akak bagi, dia cari banyak tempat tapi tak sama macam yang akak bagi, lama2 dia tak tahan, minta anak dia antar ke kedai kak siti untuk shopping, baru puas katanya, rupa2nya dia nak buat umrah 18 mac ni, tapi singgah dulu di Mesir 3 hari, inshaaAllah jika ada pertemuan, kami dapat bertemu di Madinah dan Makkah nanti sebab dah kenal muka… syukur alhamdulillah rezeki dari memberi…

oleh kerana terlalu sibuk dengan tempahan, hasrat untuk belajar fotografi dengan blogger ini terpaksa akak tunda ke bulan depan, jangan tahun depan udah ler…huhuhu…tak sangka lepas je akak berhasrat untuk belajar, tiba2 dapat tender supply tudung2 umrah/haji yang berterusan sehingga menjelang musim haji, tu yang terpaksa tangguh…

ahad kali ini, akak rasakan terlalu meriah dengan para pelanggan…. alhamdulillah

Sila Kongsi :