jalan2 cari makan : asam pedas mak limah….memang ngetop…!!!

fuhhh….asam pedas mak limah batu pahat

baru2 ni balik batu pahat selama 4 hari bersama dua anak terunaku…anak teruna (si abang) dah jadi supir, mama dan adik rehat je kat sebelah dan belakang…

anak teruna si abang supir mama dan adik

kat batu pahat memang banyak makanan yang aku suka, maklumlah kampung sendiri, yang selalu aku cari adalah soto sedap, kerabu pucuk ubi dan asam pedas…kalau balik kampung sekejap2 memang tak ada chance lah…tapi kali ni memang agak lama…

si putih gebu dah keluar, jenuh jugak tunggu rasanya 5 bulan…alhamdulillah

selepas urusan untuk mendapatkan siputih gebu di honda batu pahat selesai, aku tak tunggu lama, terus ke terminal bas batu pahat untuk pekena asam pedas mak limah yang tersangat power tu…aku sampai lunch time so ramainya lah orang, tapi tak kira masuk jugak…

asam pedas kepala ikan merah….fuhhhh power sehingga menjilat jari…

kedudukan kedai makan asam pedas mak limah ni betul2 berhampiran dengan terminal bas bandar batu pahat dan belakang KFC, senang nak cari….GPS dah terer cari tempat ni… syukur alhamdulillah setelah sekian lamanya tak makan asam pedas mak limah ni, kali ni Allah izin aku dan anak2 untuk makan…TQ Allah…selalunya balik batu pahat masa tak tepat dan kedai dah tutup…

so kalau ada dikalangan teman2 nak ke batu pahat, jangan lupa singgah di KEDAI ASAM PEDAS MAK LIMAH yer…kalau nak ajak akak pun ok jugak 😀

Sila Kongsi :