berbuka puasa di mosaic mandarin oriental, kuala lumpur

hari minggu yang lepas, selesai shopping raya untuk anak2 teruna di klcc terus terjah mandarin oriental untuk berbuka puasa sebab itu yang paling dekat… memang kelassss…. I LIKE…

persembahan gamelan….
susunan yang menarik, dah siap2 letak kurma dan kuih muih serta minuman…

atas meja sudah tersedia kurma, kuih-muih dan minuman untuk kita jamah apabila masukknya waktu berbuka puasa, lepas tu boleh solat maghrib dan lepas tu baru lah layanzzz buffet yang disediakan.

banyak jugak hotel yang kak sweetkurma terjah untuk berbuka puasa, setakat ni surau di mandarin oriental adalah yang terbaik…

anak teruna (si adik) suka buka puasa kat sini…si abang pun suka jugak tapi tak ada gambar
dua kanak2 yatim perempuan yang ku sayangi…

ramai vip dan kerabat yang berbuka kat sini akak tengok, yang paling hampir adalah rafidah aziz and family kat sebelah kami…

sedap2 belaka
golek golek
bako bako
terlalu banyak pilihan

terlalu banyak pilihan dan memang sedapppp… tak boleh nak masuk semua gambar, nanti rakan2 boring hehe… harga untuk buffet ramadhan di sini adalah rm108 ++++, kak sweetkurma makan 4 dewasa dan 2 kanak2 total bil rm600 +++ fuhhh masakkkkk…. tapi tak per lah untuk insan2 tersayang, bukan selalu pun….

Sila Kongsi :