cuti mingguan baru bagi negeri johor mulai 2014

assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, mengisytiharkan hari cuti negeri itu ialah pada Jumaat dan Sabtu dan tidak lagi Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2014. Pengumuman itu diisytiharkan bersempana sambutan ulang tahun Sultan Ibrahim ke-55.

Pada masa ini, Kedah, Kelantan dan Terengganu bercuti pada Jumaat dan Sabtu, dulu masa aku kerja di Johor Bahru sekitar 1988 cuti mingguan memang jumaat dan khamis (setengah hari)…

johor bahru, terimakasih google
johor bahru, terimakasih google

masa aku kerja cuti mingguan jumaat, memang best, khamis kerja setengah hari, kalau jalan2 pun jalan tak sesak sebab orang singapura biasa turun hari minggu iaitu sabtu dan ahad, kalau buat biznes pun bagus sebab ada dua peluang besar, jumaat dan sabtu warga tempatan membeli dan sabtu dan ahad warga seberang pulak datang membeli, sekadar pandangan atas dasar pengalaman..

moga johor terus maju…

Sila Kongsi :