ibu dan anak lahir dari akademi denaihati

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian, moga Allah sentiasa merahmati kalian semua

kira2 setahun lebih yang lalu iaitu april 2012, akak menjadi pelajar bagi kumpulan pertama akademi denaihati, mendaftarkan diri untuk mendalami ilmu wordpress dan seterusnya menjadi blogger, alhamdulillah bermula detik itu akak menjadi seorang blogger yang punya ramai kenalan dan juga perniagaan meningkat begitu bagus sekali, sambutan yang diberikan olah rakan blogger pada setiap entri yang akak buat, telah memberi semangat untuk akak terus kedepan sebagai blogger….blog yang diberi nama sweetkurma dengan tagline berkongsi itu indah…..

anak teruna bersama peserta yang lain tekun mendalami ilmu
anak teruna bersama peserta yang lain tekun mendalami ilmu

kini, hari ini, anak teruna sulongku telah menjadi salah seorang peserta seminar wordpress anjuran akademi denaihati yang di adakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang di pejabat baru akademi denaihati yang terletak di seksyen 13, shah alam…. alhamdulillah anak terunaku begitu teruja untuk menjadi blogger, moga menjadi blogger yang berwawasan dan cemerlang, aamiinnn…

bakal menjadi pencabar terdekat abangensem.com
bakal menjadi pencabar terdekat abangensem.com

sampai jer rumah, seronok dia bercerita tentang ilmu2 baru untuk menjadi blogger berwawasan dan hebat seperti abang ensem, abang eizil, abang ariff, abang kid, abang anarm dan sudah pastinya uncle denaihati, itu yang disebut sebab itu jer blogger yang dia tahu untuk hari ini hehe…

maka sahlah anak terunaku menjadi salah seorang pelajar akademi denaihati berama sepupunya nana, moga sukses ya
maka sahlah anak terunaku menjadi salah seorang pelajar akademi denaihati bersama sepupunya nana, moga sukses ya

jutaan terimakasih kepada team akademi denaihati atas ilmu2 yang dicurahkan kepada anak terunaku dan juga peserta2 seminar yang lainnya, moga terus kedepan sebagai sebuah akademi yang dapat melahirkan ramai blogger2 hebat macam AKAKKKKKK hehehe larikkkkkkk

sekian buat kali ini, jumpa lagi di lain siaran….. mari lah menuju kejayaan

Sila Kongsi :