kejar mengejar di blog sweetkurma

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, banyak hari juga tak memperbaharui entri di blog sweetkurma dan juga jalan2 di blog kawan2 atas sebab kesihatan dan juga kerja yang semakin banyak yang akak kira sehingga menjelang hari raya nanti….

dalam demam rasa macam lawak juga baca entri yang di buat oleh blogger ini, yang suka menyakat kak sweetkurma di entri2 yang akak tulis… rupa2nya ada acara kejar mengejar di blog akak antara sohoque dan juga bang iwan…. dalam acara tersebut kemenangan berpihak kepada bang iwan, blogger hebat lagi ganteng dari seberang (indonesia)…. di kesempatan ini kak sweetkurma ucapkan jutaan tahniah dan terimakasih kepada anda berdua… terimakasih juga kepada semua rakan blogger yang tak putus2 singgah di blog kak sweetkurma…

buat rakan blogger semua, ampun dan maaf jua yang akak pinta sekiranya tak punya kesempatan untuk selalu singgah di blog anda, kerana kerja yang semakin banyak yang harus di selesaikan sebelum akak bercuti untuk tempoh dua minggu bagi memantapkan lagi keimanan di dada dan tanda syukur terhadap Allah SWT atas rezekiNya yang melimpah buat diri ini…inshaaAllah

akak sayang kalian semua….

tanda kasih sayang akak, dengan ini, terimalah sekuntum mawar merah jambu dari ku untuk kalian semua….

sumber google
sumber google

tapi kalau nak serum mawar, kena lah beli ya hehehe

semburan serum mawar dengan haruman yang sangat menawan, membuatkan suami atau isteri tertawan
semburan serum mawar dengan haruman yang sangat menawan, membuatkan suami atau isteri tertawan

salam sayang dari kak sweetkurma….

Sila Kongsi :