keluar masuk pusat membeli belah

salam sejahtera semua…!

tak ada cerita menarik yang boleh dikongsi sebab sepanjang minggu akak sibuk dengan urusan perniagaan, kecuali cerita akak keluar masuk pusat membeli belah seharian hari ini…

the royal hotel tempat selesa dan makan pun sedap

akak di temani dua orang teman, memulakan aktiviti jalan2 dengan “hi-tea” di royal hotel, ok jugak makanan di royal hotel ni, sedap dan harga pun berpatutan…parking kereta di royal hotel, kami memulakan misi dengan mengunjungi starhill gallery…

Dior terhad, mula2 macam nak beli tapi tak jadi sebab teman2 kata tak exclusive

masuk dior tapi tak jadi sambor, alhamdulillah selamat duit akak…masuk butik omega…mak aii cantik2nya tapi harga pun cantik huhu tak mampu lagi tapi akan diusahakan…

cantik tak…? cantik kan… dah try memang sesuai dengan lengan akak tapi harga dia mak aiii rm42,800 huhu tak mampu… letak target untuk dapatkannya….apa pun kena ada target…betul tak…?

masuk butik LV…aduiii jatuh cinta dengan satu hand-bag kaler purple betul2 cun dengan wallet kaler purple hadiah yang ku dapat hari tu….harga sangat2 mencabar rm8,850 nasib baik iman kukuh tadi…tapi sure malam ni tak boleh tidur…harap2 ada lah kawan2 yang akan ke paris nanti so boleh lah kirim sebab kat paris harga jauh lebih murah…

keluar starhill gallery masuk pavilion, biasalah keluar masuk kedai tapi tak jatuh cinta lagi lah sebab hati dah terpaut dengan LV purple dan omega huhu….sempat jugak masuk poh kong berkenan dengan very the sweet rantai leher dengan loket dia, sangat2 sweet so beli lah jugak sebab yang ini sangat halus dan mampu untuk digapai…syukur alhamdulillah…

lepas solat maghrib di royal hotel kl, kami pun ambik kunci kereta dan terus balik dengan harapan dapat memiliki apa yang berkenan tadi….

walaupun sekadar pusing2 di kuala lumpur tapi keseronokan dapat dirasakan macam “london pusing-pusing cuci mata” lepas ni kalau denaihati pergi london akak nak masuk dalam beg luggage dia…TAPI denaihati larat ke nak angkat…uwaaaa

apa pun yang pastinya hari ini akak rasa puas walaupun hanya jalan2 cuci mata…

Sila Kongsi :