saat manis : kepuasan

tengahari tadi lepas pekena asam penas power di d’santap asam pedas di golf range setapak, akak terus ke klcc, tujuan hanya satu nak beli beg selimpang….sasaran adalah butik LV…

nak tunjuk pun biasalah design LV ni mana ada yang feminin…design dia sangat limited

1st time shopping LV di klcc, sebelum ni suka shopping di garden mid-valley…apa yang akak nak cerita ni bukan lah sebab nak menunjuk nunjuk atau riak….apa yang akak nak cerita adalah tentang “kepuasan” apa bila kita dapat memiliki sesuatu yang ada harga yang kita suka…

nak mencapai tahap macam sekarang ni dalam dunia perniagaan bukan lah suatu jalan yang mudah dan senang, sudah pastinya ianya melalui proses yang sukar, kena tipu, tertipu, kena tikam dari belakang, pekerja menyeleweng dan pesaing bertindak balas di luar jangkaan.

jambu jugak lah adik salesman ni…

setelah melalui proses sukar dan akhirnya Allah bagi rezeki dalam dunia perniagaan, akak rasa dah sampai masanya kita “reward” diri kita, kalau orang lelaki biasanya dia “reward” diri dia dengan memandu kereta mewah dan barangan mewah, kadang2 awekzzz…opsss…bagi wanita pulak, biasanya ianya ke aksesori, barang kemas, tas tangan dan melancong, kereta tak sangat kot…

bagi akak pulak, melancong tak rajin sangat tapi adalah sikit2 hehe, akak suka shopping white gold, hand-bag dan ajak kawan makan2… kepuasan lebih dinikmati bila kita dapat membeli dengan hasil titik peluh kita dengan merai rezeki Allah tanpa meminta minta terutamanya dari suami@cowok…lagi lah cowok akak, kalau nak beli kena beli dua, budget rm5,000 jadi rm10,000 sebab isteri dua…tu lah kan padan muka cowok akak sape suruh kawin dua… πŸ˜€ kalau lah cowok akak baca entry ni…tak cukup tanah akak larikkkkk….

akak pasti lelaki ini mampu untuk menghadiahkan LV atau tas tangan berjenama yang lain buat isteri tercinta….!

Sila Kongsi :