projek mengecat dan lanskap

macam janji pulak dengan puanbee dan akubiomed, projek mengecat rumah cuma akak tambah satu lagi projek iaitu buat lanskap dengan tambah pepohon hijau untuk menenangkan lagi suasana….

kerja2 mengecat bermula… akak memang tak larat nak buat sendiri mcm puanbee dan akubiomed… upah lah kat contractor
dua orang yang bekerja, cepat jer siapnya… lagi pun mengecat luar rumah jer

semenjak dua menjak ni asyik berulang ke resort, kalau tak kerana berbuka puasa, perjumpaan hal ehwal biznes pulak, kak sweetkurma makin tertarik dengan suasana kehijauan yang pastinya sangat2 mendamaikan… apa lagi, cuba lah nak letak sikit pepohon hijau di kawasan rumah….

kerja2 lanskap bermula… 15 pokok baru diturunkan dari lori
letak pokok bonsai di luar rumah, nak letak yg kecik2 riso kena angkut dengan penyamun tarbus… ni baru susun2 dulu
pepohon hijau mula di letak kan di penjuru dalam pagar rumah… contractor akan susun dan campur dengan pepohon hijau kecil2 nantinya….

teringin jugak dah letak banyak2 pepohon hijau dalam kawasan pagar rumah akak ni tapi bila dicampur 3 biji kereta jadi tak muat lah pulak….tak per nanti bila ada rezeki, kak sweetkurma nak beli rumah yang ada kawasan yang luas…hehehe berangan lah pulak yer…mudah2an jadi kenyataan…aamiinn

KU LIHAT HIJAU…..

Sila Kongsi :