pullman putrajaya lakeside view

alhamdulillah saat yang dinantikan telah tiba, berbuka puasa dan berkumpul dengan adik beradik dan anak2 saudara, walaupun hanya sebahagian kecil dari keluarga kami, ianya tetap membahagiakan… tempat pilihan kami adalah pullman putrajaya lakeside view…

damai dan tenang di sini
mendamaikan

memang terbaik lah tempat ni, suasana resort, di tepi tasik, kemudahan2 yang disediakan memang selesa, suraunya besar dan selesa, terlalu banyak gerai ditempatkan disini dengan juadah yang berbagai bagai…

banyak pilihan dan sedap2 belaka
lauk pauk terlalu banyak pilihan
dan lagi
dan lagi
dan lagi
dan lagi
aneka kurma

sebenarnya terlalu banyak gerai makanan, kuih muih, minuman, makanan tradisi disediakan, suasana yang begitu tenang di tepian tasik…. harga buffet ramadhan di pullman putrajaya lakeside view adalah RM100+++ mungkin agak mencabar tapi sangat berbaloi baloi bagi kak sweetkurma…rezeki sememangnya untuk dikongsi bersama, apatah lagi buat adik beradik…

bahagia bersama

jiwa tersentuh dengan suasana begini, bersama keluarga tercinta, walaupun ke dua ibu bapa kami telah tiada tapi hubungan antara kami tetap kukuh dan mudah2an kekal hingga ujung nyawa…aamiinn…

Sila Kongsi :