saat manis : shopping di Al-Ikhsan Batu Pahat

cuti yang tidak dirancang, pada mulanya nak balik dengan cowok untuk satu malam jer, tapi last minute cowok tak boleh turut serta sebab emak saudara dia meninggal so kena pi tahlil…apa lagi idea untuk ajak anak2 teruna pun menerjah mindaku, aku suruh anak teruna yg sulong ambik cuti dan secara kebetulan memang cuti sekolah so si adik boleh lah ikut sekali… 4 hari kami di batu pahat, alhamdulillah memang enjoy sangat2….

sepanjang di batu pahat mama supir anak2

saat bercuti dengan anak2 teruna memang sangat2 jarang terjadi sebab mereka selalu dah ada perancangan sendiri, so masa yang ada ni kami abiskan cukup2…so apa lagi, offer anak2 teruna untuk shopping so apa lagi, kat batu pahat selain BP mall mana lagi, anak2 teruna pilih Al-Ikhsan untuk paw mama dia abis2an….

anak2 teruna kalut memilih…semua mereka berkenan…paw jangan tak paw…

Al-Ikhsan Batu Pahat ni terletak betul2 di lot tepi barisan kedai2 sebelum BP Mall sebelah kiri kalau kita datang dari arah bandar Batu Pahat…GPS memang sangat pandai mencari tempat ni…

suka jer anak2 terunaku bila apa yang dihajati tercapai…alhamdulillah

bukan setakat anak2 teruna, pak long, mak long dan sepupu dia orang pun dapat sekali, tak pe mak cik menten cool jer memang dah bersedia untuk kena paw…hati sangat bahagia bila tengok orang2 tersayang gembira…cowok yang tak jadi turut serta pun dapat jugak….rezeki tu..!

Sila Kongsi :