Terapi Sengatan Lebah

Sweetkurma ingin berkongsi kelebihan TERAPI SENGATAN LEBAH, sebab ramai yang bertanya, moga perkongsian ikhlas ini memberi manfaat kepada perawat dan pesakit, ameen….

Terapi Lebah adalah sejenis perubatan menggunakan produk yang dihasilkan lebah, seperti racun lebah (venom), madu, royal jely, propolis, pollen dan banyak lagi.  Sedangkan Terapi Sengatan Lebah adalah perubatan yang memanfaatkan sengatan lebah sebagai medianya.

Perubatan ini telah dikenal sejak 2000 tahun silam di Timur Tengah dan China. Terapi Sengatan Lebah disebut juga Bee Acupunctur, kerana hampir sama dengan akupunktur, hanya jarumnya diganti dengan sengat dari lebah. Terapi ini dipastikan steril kerana “jarum” lebah hanya boleh dipakai sekali sahaja dan lebah akan mati, hingga tidak akan jadi jangkitan kepada orang lain.

Produk yang dihasilkan lebah yang kesemuanya alami, tanpa campuran zat kimia apapun hingga selamat bagi tubuh untuk menjaga kesihatan dan perubatan jangka panjang…..

Sweetkurma sempat membuat rawatan Terapi Sengatan Lebah ini, alhamdulillah dengan izin Allah, sweetkurma kembali pulih dari beberapa jenis ujian sakit…. Sempat memperkenalkan jenis terapi ini dengan kawan2 rapat, alhamdulillah hasilnya begitu menakjubkan.  Pusat rawatan tersebut adalah ……

Afnan Apitherapy Centre
C-16-4 Wisma Goshen, Plaza Pantai, Jln Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur

Rawatan hanya dengan temujanji terlebih dahulu. Sila tetapkan tarikh & masa sekiranya berminat……

0196751775
Rosli Khalid

Ikhlaskan ujian sakit sebagai penghapus dosa dan rawat lah ianya mengikut Sunnah….

Love

 

 

Sila Kongsi :
  • imnajmi December 28, 2016 at 4:44 am

    tidak lama dahulu pernah guna produk berasaskan propolis.. untuk rawatan muka. First time juga dengar rawatan guna sengat ni, mungkin sakit2 melibatkan pembuluh darah tidak stabil boleh membantu sama macam konsep akupuntur
    imnajmi recently posted..Burger Rim Tayar Pereleh Makan Tak Abeh!My Profile

    • sweetkurma January 4, 2017 at 1:59 pm

      sepanjang buat rawatan sengatan lebah ni macam2 penyakit yang sweetkurma tengok, alhamdulillah mereka mula tersenyum, dengan izin Allah
      sweetkurma recently posted..Kembali DiminatiMy Profile

  • Anuar December 29, 2016 at 10:56 am

    Baru tahu… Sebelum ni takut kena sengatan lebih.. Rupanya ada juga kebaikan sengatan lebah ni…
    Terima kasih di atas perkongsian info..
    Anuar recently posted..Jangan Bertangguh untuk membeli RumahMy Profile

    • sweetkurma January 4, 2017 at 2:01 pm

      betul tu nuar, sweetkurma pun baru dengar dan terus buat rawatan, alhamdulillah semua dengan izinNya jua
      sweetkurma recently posted..Kembali DiminatiMy Profile

  • Mazni Azmi April 15, 2017 at 11:46 am

    Maznee pernah dengar, sengatan lebah ni digunakan untuk pesakit yang lumpuh
    .
    Ada perubahan
    .
    Mungkin bisa lebah ada kesan pada kesihatan saraf
    .
    Memang kena bac kajian pasal lebah ni
    .
    Tak hairanlah, kenapa dalam al quran yang mulia ada surah puji lebah
    .
    Bukan saja sifatnya yang rajin dan berjemaah. Malah patuh pada ketua ratu lebah
    Mazni Azmi recently posted..Atasi Sembelit Ibu Mengandung Dengan 5 + 1 Cara IniMy Profile

  • Farah October 19, 2017 at 9:12 am

    Br smlm buat. Sblm ni suami, mak mertua n ayah mertua je yg buat. Alhamdulillah dgn izin Allah, sakit belakang yg dah 9 tahun tanggung hilang sebaik je kena sengat. Cuma malam tu demam.

  • Nor Hazmira Mihamzah October 31, 2017 at 2:29 am

    Allahuakbar. Kena kaji juga rupanya pasal lebah dalam rawatan dan kesihatan. Padahal dah lama diterangkan dalam Qoran tentang lebah…
    Nor Hazmira Mihamzah recently posted..BAKAL KAHWIN HUJUNG MINGGU NI? Plan Untuk Dapat Anak? Tunggu sekejap.My Profile

  • Nor Hazmira Mihamzah October 31, 2017 at 2:30 am

    Allahu…
    Nor Hazmira Mihamzah recently posted..BAKAL KAHWIN HUJUNG MINGGU NI? Plan Untuk Dapat Anak? Tunggu sekejap.My Profile

  • Noor Asmawati Hussin March 30, 2018 at 9:17 am

    Semalam bawak mak pegi buat rawatan sbb sakit2 pinggang dan kaki, alhamdulillah masa balik naik LRT dah laju skit jalannya.Insyaallah nak bwk lagi 5 treatment.

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge