Tudung Labuh Umrah

Salam Bahagia

Kali ini sweetkurma mahu cerita bisnis pula, lupakan sekejap kisah cinta dan perasaan hehe kejap jer tau! 😘 Ya lah cinta cinta juga tapi kehidupan bisnis kena teruskan juga kan? Ramai yang tahu sweetkurma ada bisnis tudung, kasut kesihatan medshoe dan produk aura, cuma kali ini sweetkurma mahu cerita tudung labuh umrah berlapik dagu dan soft awning. Ada juga entri sebelum ini sweetkurma tulis tentang tudung umrah tapi tetap mahu tulis lagi ☺️

Minggu lepas model sweetkurma ada buat photoshoot di kawasan sawah padi di sekinchan, alhamdulillah sukses walau kelihatan simple. Selepas photoshoot tudung yang baru digayakan terus diborong penduduk tempatan sebab sangat selesa dan kemas dipakai. Sweetkurma terpaksa poslaju lagi stok tudung umrah ke sekinchan ada beberapa warna menjadi rebutan hehe alhamdulillah.

Sweetkurma bukan saja menjual tudung tetapi sedia juga menerima tempahan untuk sesiapa saja yang mahu menggunakan jenama sendiri untuk tudung. Untuk rundingan, sila PM sweetkurma di kedaikaksiti.com (page untuk bisnis) sweetkurma. Bukan untuk tudung umrah sahaja tetapi design tudung yang lain juga, tertakluk kepada kesesuaian, InsyaAllah.

Tudung Umrah yang labuh, sesuai juga untuk dipakai ke mana-mana seperti pejabat, majlis kenduri, masjid dan santai kerana ianya sangat selesa! Tidak jarang, mesra solat sebab soft awning juga berpelapik dagu dan hanya perlu sarung sahaja! 😍

Kata mereka :

”Tudung ni best sangat, selesa, kemas dan awning nya terletak dan sesuai untuk semua jenis muka” pengguna

“Bestnya kak, sepanjang berada di Makkah dan Madinah masa menunaikan haji saya pakai yang dua helai ni jer sbb selesa sangat2, menyesal pulak saya tak beli banyak” pengguna

”Mak cik saya tak nak dah pakai tudung lain sejak balik haji, sebab sebelum pergi saya hadiahkan 2 helai so sekarang dia nak warna2 lain pulak” pembeli

Dapatkan segera dengan harga potongan yang mampu beli RM50.00 sahaja (harga asal RM79.00) dengan wang pos RM8.00 SM RM10.00 SS

kedaikaksiti.com

Sila Kongsi :