Mengimbas Penyesalan

Penyesalan adalah sesuatu yang sering ditafsirkan sebagai perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku tetapi bagi sweetkurma ianya sesuatu yang baik untuk dimengertikan, nama pun menyesal kan? Sama ada menyesal bebuat jahat atau menyesal berbuat baik, dua dua nya memberi pengajaran! Dengan syarat kita ambil kira dari sudut yang paling positif….

Sejak seminggu ini, sweetkurma didatangi kisah kisah berbentuk penyesalan! Menyesal memperjuangkan perkara yang dikira sia sia, walau ianya sangat baik untuk dijadikan pengajaran jangka panjang bagi yang betul betul memahami! Sweetkurma sangat faham dan memberi maklum balas agar ianya tidak sepatutnya dikesali kerana banyak manfaat yang kita boleh dapati jika kita ikhlas atas perjuangan tersebut!

Penyesalan sudah tentunya atas hal hal yang sudah berlaku atau berlalu! Kalau belum berlaku, itu bukan penyesalan tapi pendaftaran hehe, buat lawak pulak sweetkurma ni..! Jika kita ikhlas dalam perjuangan, insyaAllah tidak akan ada yang sia sia. Ikhlas itu seakan tidak mudah tapi sebenarnya mudah kalau semuanya Lillahi Taala dan tiada dendam.

Penyesalan atas apa jua hal hal kebaikkan yang kita lakukan tidak akan hidup jika kita sentiasa berdamai dengan takdir dan redho atas apa jua ketentuan Ilahi kerana tanpa izinNya ianya sama sekali tidak akan berlaku!

sumber google

Jika kita berbuat baik dengan seseorang kerana sangat cinta kepada nya dan tiba tiba tidak mendapat tindak balas yang kita harapkan, jangan dikesali kerana berbuat baik itu sangat bagus tidak kira apa tujuannya. Ikhlaskan sebab setiap perbuatan baik itu ada pahala yang sedang mengalir untuk kita dan harus diingat apa yang kita beri kita akan dapat semula! Jadi kalau mahu dapat yang baik memang wajar lah kalau pelaburan kita juga harus yang baik baik!

Kita tidak perlu berasa malu atas perbuatan baik kita, hanya kerana ianya tidak dihargai oleh orang yang kita beri kebaikkan tersebut! Kerana Allah lebih tahu jenis kebaikkan yang sewajarnya untuk dikembalikan kepada kita. Oleh sebab itu, kita tidak disarankan untuk mengingati segala kebaikkan yang kita lakukan kerana bila kita berasa malu mengingati semua itu ianya akan menimbulkan rasa penyesalan! Nah, bila menyesal berbuat baik maka terus hilang pahalanya.., gitew hehe

Menyesali hal hal yang tidak baik yang kita lakukan adalah perbuatan yang sangat mulia. Penyesalan yang sebegini tidak perlu dibahas panjang kerana sudah jelas akan kebaikkkannya. Betul kan????

Kita mungkin fikir kebaikkan yang kita lakukan itu sesuatu yang kecil, tetapi Allah tahu, kebaikan yang kita lakukan juga kesakitan yang kita tanggung untuk memberi kelegaan kepada orang lain. Tidak ada kebaikkan yang kita lakukan, yang Allah tidak tahu. Teruslah berbuat kebaikkan kerana Dia sangat suka pada hambaNya yang berbuat kebaikkan.

Sweetkurma tidak pernah menyesal atas apa jua yang telah ditakdirkan! Sweetkurma sudah berdamai dengan takdir kerana melaluinya sweetkurma berasa tenang dan bahagia! Alhamdulillah

❤️💙
Salam Cinta

Sila Kongsi :