Kedai Kak Siti



oh suami : Bersuamikan Si Chili Padi….Sedih…!

Assalamualaikum, sebenarnya akak tak tahu nak cerita macam mana kisah ni… kisah seorang teman yang bersuamikan chili padi (pucuk tak hidup)…maaf kalau bahasa tak berapa nak elok…

[

ku kira ambon rupanya chili (pic google)

Memang kesian lah temanku yang sorang ni…kadang2 nak gelak pun iya jugak (tak baik jugak kalau gelak) sebab dia menderita bersuamikan si chili padi….

Bayangkan 2 tahun lebih dia mengharungi hidup sebagai ibu tunggal, umur pun bukannya tua sangat, so memanglah rasa sunyi selalu menerjah jiwanya…mata masih tak boleh lena walaupun siang harinya bekerja keras demi anak2 tercinta. Mula2 bergelar ibu tunggal, dia buat lah biznes catering secara kecil2an dan lepas tu dapat kerja sebagai hotel manager…

Biasalah bila sebut jer ibu tunggal yang masih bergetah, tentu ada je mata2 di pihak perempuan yang tak puas hati… manakala dipihak lelaki pulak tak jemu2 untuk mendekati…

Bertemu seorang lelaki yang di sangka kacak…

Tak tahan dengan ujian demi ujian di tempat kerja, temanku berhenti dan memulakan perniagaan catering secara kecil2an. Ketika ini lah dia jumpa semula bekas jiran (lelaki yg di sangka kacak) yang baru 6 bulan kematian isteri.

Memang dasat sungguh si mamat ni mengoda, merayu, berjanji dan macam2 lagi, tak jumpa sehari terus demam kepialu… sentiasa ambik berat tak cukup kat temanku dengan anak2nya sekali. Perempuan, biasalah bila ada yang ambik berat, diikuti ayat2 kacak “every minute of the day” sentiasa berkumandang, lama2 cair jugak… Bila tengok kawan baik gembira aku pun tumpang gembira lah. Dalam tempoh 3 bulan tak silap aku, mereka pun bernikah, maklum lah janda bertemu duda so majlisnya pun agak meriah jugak…

Sekadar Di Pinggiran….

Selepas majlis tersebut aku pun tak de berhubung sangat dengan temanku ini, sebab ku kira dia betul2 bernikah dengan lelaki kacak terakhir…. Kadang2 jer sms dia mengusik hehe maklumlah dah 2 tahun lebih “kembara di tanah gersang”… hehe.. temanku pun tak pernah bercerita apa yang sebenarnya berlaku…

Lepas setahun baru lah dia pecah tembelang, suami yang disangka betul2 kacak rupa2nya…ohhhh sedihhhh…uwaaa… rupanya chili padi (pucuk tak hidup)….aku tak percaya sebab dengan perkahwinan pertama dia ada anak, mana mungkin chili padi… menurut temanku, suaminya ada penyakit yang menyebabkan pucuknya tak hidup…..uwaaaaaaaaaa oh tidakkkk….jadi selama ini temanku hanya “sekadar di pinggiran”…..aduiiii kok kasihan banget sama ini cewekkkk….

Temanku bilang, kalau setakat chili padi jer, dia ok lagi sekurang kurangnya dia ada suami untuk bergantung hidup…. tapi yang dia tak tahan, suaminya lelaki yang tak kacak dari segi tingkah laku, panas baran, kedekut dan yang paling dasat sekali, sepanjang menjadi isterinya, temanku dijadikan hamba… mejadi tukang masak di kedai makan suaminya yang sangat maju (kerja dari sebelum subuh sampai nak masuk subuh balik)….TANPA GAJI….memang bajingan ini cowok….!

Menjanda buat ke dua kalinya…

Satu sikap yang ada pada ibu tunggal, perceraian bukan menjadi satu ketakutan baginya, oleh kerana dah tak tahan dengan sikap tak kacak suaminya, maka temanku telah membuat tuntutan cerai di Mahkamah…alhamdulillah, urusan perceraian ni sangat mudah…

Rupa2nya, kalau isi borang cerai, jika alasan yang di beri “suami lemah tenaga batin”, proses sangat senang dan tanpa ada sesi kaunseling sebab dah “pucuk tak hidup @ chili padi”, nak nasihat apa lagi… Maka dengan ini menjanda lah temanku buat ke dua kalinya….

Buat temanku, dalam hidup ini, jalan yang kita kena pilih hanya ada satu saja, sama ada nak ke kiri atau ke kanan, ke arah cahaya atau kegelapan….

Moga masih ada sinar buatmu dan anak2…aamiinn..

Trackbacks
  • Cubaan Berhenti Merokok June 1, 2012 at 4:06 am

    […] rokok daun apabila terkena pada lidah.Bermula pagi tadi saya berjaya untuk tidak merokok,walaupun terseksa zahir dan batin,saya mesti nekad.Saya berdoa agar hasrat saya ini bukan hot-hot chicken shit.Saya begitu nekad […]

  • kejamnya lelaki ini | sweetkurma February 6, 2013 at 4:03 pm

    […] sweetkurma mungkin masih ingat kisah yang pernah akak paparkan yang mengisahkan seorang lelaki yang “cili padi @ pucuk tak hidup”, isteri beliau adalah teman baik ku dan mereka sudah pun bercerai, puas memujuk temanku untuk di […]