apabila artis berniaga

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

sebelum meneruskan kerja2 menyiapkan selendang mudah pakai @ instant shawl yang berbaki 400 helai, ku luangkan masa seketika untuk menulis sesuatu agar blog ini tidak terus bersawang, ikut kerja memang tidak ada sudahnya, habis satu tempahan, ada lagi tempahan yang menunggu, alhamdulillah rezeki Allah

sebagai seorang pengusaha tudung, kak sweetkurma suka juga mengikuti perkembangan trend terkini, dari majalah dan juga laman sosial macam facebook, instagram dan blog terutamanya dari artis dan selebriti. seronok mengikuti perkembangan mereka, selepas berhijrah, kebanyakkannya terlibat dengan dunia perniagaan busana muslimah, mereka sangat rajin buka booth di mana dapat berinteraksi secara langsung dengan peminat masing2

2

6

3

5

1

4

kak sweetkurma suka mengikuti perkembangan artis2 ini dengan perniagaan seperti abby abadi, azza, mila dan ramai lagi, alhamdulillah nampak rezeki mereka masih baik walaupun tidak begitu aktif lagi dengan dunia lakonan dan nyanyian

kalau diperhatikan memang ramai yang terlibat dengan perniagaan busana muslimah ni, terutamanya tudung, ramai yang buka butik, kedai, booth dan yang paling ramai sekali adalah yang terlibat secara online, sebanyak mana pun perniagaan yang sama di usahakan, sudah pastinya rezeki masing2 Allah telah sediakan

bila terlalu banyak di pasaran, sebagai peniaga, kita memang kena sentiasa “alert” dengan trend terkini, suatu ketika dulu, tudung bawal sangat popular, lepas tu sepi seketika bila tudung sarung @ mudah pakai hadir di pasaran dengan macam2 design, lepas tu tudung bawal muncul semula dan serentak dengan itu selendang pula menjadi trend terkini

sepanjang 6 tahun kak sweetkurma terlibat dengan tudung sarung @ tudung mudah pakai dan diselang seli dengan selendang, kini selendang menjadi trend, walau bagaimanapun tudung sarung masih ada penggemarnya kerana ianya mudah untuk digayakan

apa pun keadaannya, perniagaan tudung adalah sangat kecil risikonya, kerana ianya tidak ada “expiry date”, walaupun trend silih berganti, cepat atau lama ianya tetap masih boleh di jual, kalau kita padai mempromosikan dan tidak menjual begitu mahal

sekian, buat kali ini, jumpa lagi InshaAllah

wassalam

Sila Kongsi :