berani untuk jatuh ketika mendaki

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

kak sweetkurma ada terbaca status denaihati ilhamku iaitu syarat untuk berjaya dalam perniagaan adalah berani untuk gagal, sudah tentu ada maklumbalas dari pengikutnya, ada juga yang menulis “dah banyak kali gagal”… memang betul ramai yang beberapa kali gagal atau jatuh dalam dunia perniagaan…. adakah setiap kali jatuh dan anda cuba bangun tu, bangun yang macam mana, adakah bangun dengan keluh kesah meratapi nasib atau bangun dengan penuh redha dan ikhlas…?

sumber google
sumber google

jika bangun penuh dengan keluh kesah disertai dengan meratapi nasib maka pulangan yang kita dapat tidak akan sama dengan cara kita bangun dengan penuh semangat, redha dan ikhlas dalam setiap tindakan…. bila kita redha dan ikhlas sudah tentu ianya menjadi lebih mudah…

saya pernah bekerjasama dengan seorang tokoh korporat yang berjaya, masa dia mula2 hendak memulakan perniagaan dengan meninggalkan jawatan sebagai jurutera awam, langkah pertama adalah dengan mendidik minda agar bersedia untuk menerima kegagalan, kedua menghantar isteri untuk menghadiri kelas memandu kerana selama ini dia yang menghantar dan menjemput isteri dari tempat kerja begitu juga dengan urusan dengan anak2, ketiga tidak membenarkan isteri berhenti kerja selagi perniagaannya belum betul2 sukses…

akak sempat bertanya kenapa nak suruh isteri memandu, jawapnya adalah “bila terlibat dengan dunia perniagaan pada peringkat permulaan atau dalam tempoh masa tertentu, masa dengan keluarga akan menjadi terlalu kurang, jadi sekiranya anak2 sakit dan perlukan rawatan, maka si isteri boleh menghantar, begitu juga dengan urusan2 rumahtangga yang lain”…bila perniagaan dah betul2 stabil barulah dia menyuruh isteri berhenti kerja dan urusan anak2 serta keluarga banyak diuruskan oleh pemandu peribadi dan juga bibik…

JADI, sesiapa yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan ingin menjalankan perniagaan kerana hendakkan masa yang banyak atau lebih dengan keluarga pada peringkat permulaan, NASIHAT akak…JANGAN BERNIAGA….teruskan duduk di zon selesa dengan MAKAN GAJI… untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya, ianya perlukan pengorbanan, bukan saja dari diri kita sendiri tapi juga pengorbanan dari isteri/suami, anak2 dan juga adik beradik….mereka2 ini juga harus faham…untuk berjaya dalam pendakian kejayaan, kita kena BERANI dan BERSEDIA UNTUK JATUH…

banyak lagi petua sebenarnya, dimana kita boleh belajar dari insan2 yang terbukti berjaya melalui pembacaan dari buku2 yang bercerita tentang kejayaan mereka….

mari lah menuju kejayaan…

Sila Kongsi :