Biznes : BisnesKu

Inilah kedaiku di danau kota setapak…home-based business

Little Scarf Collections (LSC) nama company, dah 3 tahun menjalankan perniagaan tudung mudah pakai, membuat dan membekal kepada butik2, individu dan juga seragam…tapi yang paling banyak kami bekal adalah kepada butik dan individu, kami menjual secara borong dan juga runcit…bengkel tempat menjahit di jalan Gombak, manakala stok di rumah, kedai alam maya pulak FanPAGE “kedai kak siti”…jangan lupa LIKE yer heeee….

tukang guntingku lelaki…sangat rajin orangnya

semua tudung mudah pakai di kedaiku memang digunting dan dijahit sendiri, kami juga menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak, sikit2 tak ambik lah…beli jer dengan akak heee…

                         

bagi memastikan ianya berkualiti, kak CT pilih dan beli sendiri keperluan bengkel jahitan LSC

 

kedai kak CT beroperasi Isnin – Sabtu (10.30 pagi – 6.30 petang) ahad dan cuti umum tutup, ada pekerja yang menjaga, kak CT pun selalu ada dan rajin jugak tolong melipat tudung heeee

tudung2 yang sedia untuk dilipat dan dibungkus

walaupun bisnes kak CT ni tak seberapa tapi ada juga MODEL heee…model untuk fanpage “kedai kak siti” dan juga model yang mengayakan untuk surat khabar dan majalah….

Ini Model yang mengayakan tudung2 LSC untuk Fan PAGE “kedai kak siti”

Untuk model yang mengayakan di surat khabar dan juga majalah…semuannya di kelola oleh Huda’s Hijab By Nur yang dimiliki oleh Puan Nurhuda Mohd Khalid, juga membuat kerja2 PR kerana Puan Nurhuda juga memiliki PR Agency…so sesiapa yang nak mempromosikan bisnes melalui media cetak dan elektronik boleh hubungi Puan Nurhuda….

Majalan JELITA
surat khabar UTUSAN MALAYSIA
Mingguan Malaysia

 

Harian Metro
Harian Metro
Harian Metro

Kadang2 rasa macam mimpi jer, sebab tangan yang tak pandai menjahit dan malas buat kerja2 melipat pakaian ni heee boleh membuka perniagaan membuat dan membekal tudung2 mudah pakai… Minat ni datang tanpa dirancang, cuma sekitar awal 2009 kak CT merasakan ketika itu transformasi dari tudung bawal kepada tudung mudah pakai mula nak rancak di pasaran…so teringat kata2 guru…follow the trend dan yang pastinya tepat pada waktunya…..alhamdulillah setakat ini LSC sudah dikenali dan digemari ramai…rezeki tak akan datang bergolek kalau kita tak tarik….

 

 

 

Sila Kongsi :
  • abangensem April 17, 2012 at 11:22 pm

    Saya respect dengan akak. Semoga terus maju jaya.

    • sweetkurma April 18, 2012 at 8:09 am

      terimakasih en hariz kerana sudi terima saya….cuttttt….! heee…terimakasih atas doa abangensem…tudung cabutan bertuah isteri nak pakai heee…kak CT pun baru nak berjinak jinak…mudah2an…aaminnn

  • mommy nana April 18, 2012 at 11:17 am

    Alhamdulillah. Superwomen la akak. Sy masih sikit-sikit jual dlm biz. Dropship pun ye. Mcm-mcm saya wat. Duk rumah bosan takde aktiviti cari duit. hehehe… All the best kak! 😀

    • sweetkurma April 18, 2012 at 12:11 pm

      ok tu, ada jugak aktiviti kan, tq atas doa nya yer mommy nana…jangan lupa visit fanpage kedai kak siti and LIKE…heeee

  • Eizil April 18, 2012 at 1:48 pm

    Lepas ni bolehlah minta tunjuk ajar mengenai selok belok jual beli tudung ni, sebelum ni ada buat (untuk isteri) tapi separuh jalan tergendala sebab masalah stok dan sebagainya.

    • sweetkurma April 18, 2012 at 7:09 pm

      ooo no problem, semuanya bisa di atur…kaya dirimu kaya diriku….

    • Razifredz April 25, 2012 at 4:57 pm

      Lepas ni ble la sambung

  • richesse April 19, 2012 at 1:58 am

    As a Newbie, I am always exploring online for articles that can aid me. Thank you

  • mas lynda April 19, 2012 at 9:35 am

    hye kak !!! congrats ya .. melangkah setapak lagi nampaknya … saya jugak yg belum belum lg melangkah HUHUHU

    • sweetkurma April 19, 2012 at 9:44 am

      alhamdulillah…syukur sesangat…respond pun sangat mengalakkan…now i am doing the real online business…without customer coming in but still ada jualan yang banyak….one day kita jumpa and sharing yer…thanks for your good support sis

  • Razifredz April 23, 2012 at 12:21 am

    kedai kat mana ni

    • sweetkurma April 23, 2012 at 9:24 am

      kedai kat danau kota, setapak jer

      • Razifredz April 25, 2012 at 4:57 pm

        ooo danau kota …. tk pernah pergi sana la pulak

        • sweetkurma April 25, 2012 at 5:57 pm

          lepas ni boleh pergi danau kota….sembang2 dengan kak CT

  • puanbee April 27, 2012 at 4:16 pm

    sedap pulak kak siti cakap kaya dirimu kaya diriku .. hahah .. best lah .. asyik komen best lah best lah je nih ..

    tabik spring sama kak ct tau .. bebila leh singgah di danau tu …

    • sweetkurma April 27, 2012 at 4:51 pm

      hahaha….kaya dirimu kaya diriku…itu tagline @kedai kak siti….tq so much sis…nak singgah roger jer…utk geng2 blogger akak bagi harga baekkkkk punya…..

  • munir ardi March 5, 2013 at 6:08 am

    Semoga blogger juga semakin berkembang dan binis dunia nyata juga semakin maju
    munir ardi recently posted..5 Cara Agar Berhasil Belajar OtodidakMy Profile

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge