Biznes : duit dalam lipatan

aku biasa jugak dengar peribahasa “gunting dalam lipatan”…tapi “duit dalam lipatan” bukan peribahasa tapi suka2 sebab nak lepaskan kepenatan kerana seharian melipat tudung….ini lah kerjaku setiap hari….jari2 yang montok semakin montok….

tudung2 yang sudah siap dilipat dan sedia untuk di jual…

salah satu kerja2 rumahtangga yang paling aku tak suka dari dulu lagi adalah MELIPAT KAIN, dulu masa anak2 kecik2 lagi, kalau tak de bibik, maka kain2 yang sudah berbasuh akan terbiar di dalam bakul dan abis macam tu jer….

tak sangka pulak dalam meniti usia emas ini, aku jadi tukang lipat tudung yang boleh dikatakan pantas dan mahir…huhu…sudah 3 tahun aku menyandang jawatan ni….tu lah kan…kadang2 sesuatu yang kita tidak suka, itu lah yang membantu kita….oleh kerana setiap lipatan tudung2 itu akan mengeluarkan duit, jadi aku pun termotivasi dengan sendirinya….

maka terhasil lah DUIT DALAM LIPATAN…hehe…alhamdulillah…

 

Sila Kongsi :