harga emas naik lagi

salam sejahtera semua…

kak sweetkurma nak cerita sikit pasal harga emas ni, nampaknya masuk minggu ke dua syawal, harga emas mula naik semula, sepanjang bulan ramadhan harga emas dibawah paras usd1600/oz tapi sejak akhir2 ni ianya naik agak tinggi dan semalam sampai ke paras lebih usd1700/oz..

simpan sikit2 lama2 membukit lah dia…hehe

kalau dulu bila sebut simpan emas, pasti ianya akan melibatkan orang yang berduit tapi sekarang zaman dah berubah, yang kurang berduit pun masih berpeluang untuk menyimpan emas, sama ada dalam bentuk fizikal atau pun dengan membuka akaun emas seperti di maybank, ia boleh di simpan seminima 5 gram jer…

bagi orang yang bekerja boleh lah guna duit kwsp sebagai simpanan hari tua, tapi bagi akak yang kerja sendiri kena lah simpan emas untuk hari tua, bukan simpan bawah bantal ya tapi simpan kat bank…hehehe

tapi kalau tak nak keluar duit untuk dapat emas, cepat2 sain borang untuk suami tambah lagi isteri, maka dapat lah payung emas percuma…hehe…opsss i’m sorry… gurau jer yer…

mari lah menjadi orang yang bijak merancang untuk masa depan….

Sila Kongsi :