keikhlasan rakan blogger

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

ikhlas mencari ruang dari kesibukan masa untuk menulis entri, maklumlah dari sekarang sampai lah menjelang Ramadhan dan Syawal nanti, kak sweetkurma terlalu sibuk menyiapkan tempahan demi tempahan dari para pemborong yang bijak mengambil peluang dalam dunia perniagaan….alhamdulillah rezeki Allah…

hampir setahun dalam dunia blogging dan dapat berinteraksi serta berjumpa dengan rakan blogger, ianya sudah cukup membuatkan diri akak sungguh seronok, rata2 rakan blogger yang akak jumpa punya kelebihan tersendiri, dari sini akak belajar banyak perkara…. yang paling seronoknya, bila rakan blogger wanita atau isteri rakan blogger lelaki yang sudi membeli dan menggayakan tudung2 dari koleksi kedai kak siti, setelah itu membuat “review” pulak di blog masing2 tanpa mengenakan apa2 bayaran, akak dapat rasakan keikhlasan rakan blogger semua….

siapa lah sweetkurma tanpa kalian
siapa lah sweetkurma tanpa kalian
siapalah sweetkurma tanpa kalian
siapalah sweetkurma tanpa kalian
siapalah sweetkurma tanpa kalian
siapalah sweetkurma tanpa kalian

dari awal penglibatan sebagai blogger lagi, akak dapat rasakan bahang aura siratulrahim antara blogger sangat baik, akak mengiyakan segala keseronokan sebagai blogger sebagaimana yang sering dikongsikan oleh rakan baik akak, siapa lagi kalau bukan blogger panasss ini….walaupun banyak majalah dan akhbar yang cuba merisik akak untuk berkongsi cerita tentang perniagaan tudung ini TAPI akak lebih yakin dan selesa dengan promosi melalui blog, memang terbukti perniagaan akak meletop letop…. syukur

terimakasih semua…..

* kredit gambar : denaihati

Sila Kongsi :