Biznes : kelebihan dan cabaran “berniaga dari rumah”….

alhamdulillah seronok bila kakak dan keluarga transit satu malam dirumahku sebelum gerak balik ke parit sulong, batu pahat, johor (kampung halaman) untuk menziarahi saudara mara di sana dan juga kubur emak dan bapak…esok aku akan turut serta sampai isnin…inshaAllah…

sebahagian stock tudung “little scarf collections”…..

kelebihan

ini antara kelebihan berniaga dari rumah, kita tidak perlu tergesa gesa keluar rumah apa tah lagi bila ada saudara mara bertandang… sambil bersembang masih boleh lagi ambik order dari page kedai kak siti…tup2 dah bersusun tudung2 yang harus ku poslaju…kakak tengok pun rasa seronok…

bila ada masa2 terluang, boleh melipat tudung2 yang sampai dari bengkel jahitan (setiap hari pekerja akan antar tudung2 yang dah siap) untuk ku lipat, ambik gambar dan upload…rumah dua tingkat yang ku diami, sebelah bawah ku jadikan show-room dan simpan stok tudung2ku… ada juga ruang santai untuk customer sembang.com, lagi pun aku ada juga buat biznes2 lain selain tudung, jadi customer yg datang tak semestinya ke ruangan tudung…

bila dah ramai yang datang shopping dan sembang, tentu banyak topik2 menarik untuk ku jadikan bahan penulisanku di blog, setiap hari memang ada je cerita… tengahari tadi datang 2 regular customer, ada cerita menarik yang di bawa, inshaAllah boleh ku selitkan untuk entry2 yg akan datang, punya lah seronok sembang, sampai terlupa nak kejut anak2 teruna solat jumaat, nasib baik depa tersedar…

cerita tentu lah berkisar tentang rumahtangga, ishh kisah rumahtangga ni macam2 kan…bekas suami macam dah gila talak dok kejar bekas isteri siang dan malam (tu lah dulu masa masih jadi isteri tak nak jaga…)..siannn

cabaran

walaupun berniaga dari rumah…aku masih menetapkan waktu operasi iaitu dari 11.00 pagi hingga 6.30 petang bagi sesiapa yang nak datang ke show-room (kena call dulu)…

walaupun waktu operasi sudah ditetapkan sejak dari dulu lagi, tapi masih ada lagi customer yang kurang mengerti bahawa aku punya kehidupan peribadi yang harus dijaga…kadang2 pagi2 lepas jogging ikut sedap jer datang (kononnya dah terlanjur keluar)…sebab itu lah aku tak pasang loceng di pagar rumah…kalau tak “ting tong ting tong” jer lah…

yang paling tak sedap, nak ambik stok lepas kul 10 malam (tunggu husband balik kerja, katanya)…aku tak boleh bayangkan kalau dia keluar rumah jam 10 malam dan sampai danau kota ntah kul brapa, biasalah danau kota makin malam makin jemmm… rumahku pulak betul2 tepi uptown danau kota…huhu

tetap dengan pendirian

walau macam mana sekali pun aku tetap bertegas bahawa kehidupan peribadiku, aku harus jaga sebaik mungkin, aku harus punya waktu bersama suami dan anak2 tercinta… dan yang paling2 penting aku harus punya waktu untuk diriku sendiri…

setakat ni, mana2 customer yang nak datang awal pagi atau lewat malam memang aku tak beri laluan…. TAPI kalau ada kawan nak ajak NGETEH…aku on jer… 😀

YAKIN ADA KESENANGAN DI SEBALIK KEPAYAHAN….zasss

Sila Kongsi :