mampu tersenyum melalui biznes

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

dua hari ni kak sweetkurma tidak berapa sihat disebabkan perut sebu, nak kata tak jaga makan, akak memang jaga, banyak makan buah cuma nasi jer tak berapa sangat… apa pun alasan bila Allah dah berkehandak ianya jadi tetap jadi…! teramat bersyukur walaupun tidak berapa sihat tapi masih boleh menjalankan tugas seperti biasa tak perlu ambil “MC” sebab bekerja dari rumah….

contoh tudung untuk package umrah...hitam dan putih demand tinggi
contoh tudung untuk package umrah…hitam dan putih demand tinggi

musim orang buat umrah sudah bermula selepas perginya musim haji tahun 2012, maka dengan ini tempahan dari pemborong untuk tudung2 package umrah datang mencurah curah, disamping itu juga, ada tempahan dari pelanggan untuk telekung dari kain lycra, dah banyak kali tolak untuk tempahan telekung, tapi untuk tahun 2013 akak sudah tidak mampu untuk menolaknya lagi….

masih mampu tersenyum walaupun tidak berapa sihat dan lesu... TQ Allah
masih mampu tersenyum walaupun tidak berapa sihat dan lesu… TQ Allah

syukur dengan kelebihan yang Allah bagi, akak masih mampu tersenyum melalui biznes walaupun dalam keadaan tidak sihat… Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan (ar-Rahman, ayat 36)…

untuk berjaya kita sememangnya kena tenangkan jiwa agar bahagia menerima apa juga halangan, dan semestinya hati kena bersih agar dapat menerima cabaran dengan ikhlas, maka didiklah jiwa agar kesulitan bukan lagi penghalang untuk kita mengecap kesenangan….

alhamdulillah…terimakasih Allah

Sila Kongsi :