menepati sasaran

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua,

alhamdulillah, kesihatan yang Allah beri sangat2 baik selepas menerima darah baru sebanyak empat bungkus dan mengambil ubat yang dibekalkan doktor mengikut jadual serta minum air zam zam dan jus walit….

kesihatan memang sentiasa ku jaga agar ianya tidak berulang di ikuti doa yang berterusan agar di beri kekuatan rohani dan jasmani oleh Allah SWT, agar dapat ku meneruskan kerja2 harian bagi menepati sasaran yang sudahku susun, moga semua tudung2 yang ditempah dapat ku siapkan sebelum tibanya Ramadhan, agar dapat ku fokus lebih kepada amalan2 di sepanjang bulan Ramadhan yang hadir setahun hanya sebulan….

perancangan yang baik amat diperlukan agar ianya dapat disiapkan mengikut masa yang ku tetapkan
perancangan yang baik amat diperlukan agar ianya dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan

alhamdulillah anak2 teruna memberi bantuan sepenuh tenaga begitu juga para pekerjaku semua…. terimakasih Ya Allah

doaku agar Allah permudahkan semua urusan2 perniagaan ku, agar para pemborong2 ku berpuashati dengan servis yang ku berikan…. aamiinnn Ya Allah…

moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, aamiinn ya Allah

mari lah menuju kejayaan

Sila Kongsi :