assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, moga Allah terus merahmati dan memberkati hidup kita
terpukul untuk berkongsi bagaimana kak sweetkurma merancang dan memulakan perniagaan tudung kira2 5 tahun lepas, ketika itu tudung mudah pakai baru saje 6 bulan rancak di pasaran, akak salah seorang peminat, masa tu nak dapatkan tudung yang betul2 selesa dan cantik di pakai kena lah berbelanja lebih kerana harganya sangat mahal, tidak semua orang boleh memiliki dengan sewenang wenangnya…. rentetan dari sini lah akak mula terfikir untuk memulakan perniagaan ini secara kecil2an dan melakukannya secara solo dulu….
bila dah buat keputusan “solid” untuk berbiznes, akak terus merancang, apa yang harus di lakukan, mula2 tu buat “check list” barang2 jahitan bermula dengan mesin jahit (3 biji), benang dan lainnya… modal untuk membeli mesin jahit agak besar jugak dan kain lycra masa itu harganya memang mahal dan tak banyak pilihan, bila dah kira2 semua maka dapatlah jumlah RM yang diperlukan, akak terus mendapatkan modal tersebut dan masukkan dalam akaun syarikat, dari situ lah semua perbelanjaan dapat dilaksanakannya…. bila modal dah ada dalam akaun, kita tahu besar mana perniagaan yang harus kita jalankan….

akak jadi tersangat hairan, apabila ada insan yang hendak memulakan perniagaan tanpa “budget” tertentu dan akaun syarikat pun tidak ada, semuanya bermula dari mana2 sumber yang ada (caca marba), buat tempahan dengan pembekal ikut sedap mulut bercakap tanpa mengira berapa banyak modal yang ada, pastu tak ada pelan pemasaran yang “solid” (caca marba jugak)…. bila tanpa perancangan yang “solid” maka ianya jadi tidak tentu hala, pemasaran entah ke mana, barang entah ke mana dan akhirnya pembekal yang jadi mangsa keadaan, apabila banyak tempahan yang dibatalkan dan pengeluaran yang sedang berjalan terpaksa dihentikan kerana tidak cukup sumber untuk membayar…. KALAU LAH ANDA SEBAGAI PEMBEKAL, agak2nya apa perasaan yang ada, bila semua ini berlaku???? walaupun wang pendahuluan dikenakan, ianya masih tidak mencukupi dan membebankan jika pengeluaran terpaksa DIBATALKAN @ DI TANGGUH sehingga diberitahu kelak…..????
jangan ingat tengok orang lain berniaga kita pun nak berniaga, orang lain sanggup melalui proses kesukaran tapi kita tak sanggup, nak berjaya kena lah “bijak merancang” dan yang pastinya berani ambil risiko….
resipi akak mudah jer, “kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita” JADI “kalau kita menyukarkan urusan orang lain, agak2 urusan kita akan jadi mudah ker..????”…. TEPUK DADA TANYA IMAN….
sekian, sekadar berkongsi…
moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat
gitulah gayanya… nak meniaga kena ada ilmu juga… semoga dipermudahkanNya…
KiD recently posted..Pantas dan Garang dengan HONDA CIVIC
yer betul tu
amin Ya Allah
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
info yang berguna terima kasih 🙂
Halim Brothers recently posted..Pelancaran Blog & GiveAway Halim Brothers Dot Com
Nak kena pergi berguru ni dgn kak ct … orang berjaya kata kalau nak berjaya kena ada sifu dan dengar kata sifu.
Denaihati recently posted..Muka Blog Baru Denaihati
hehehe ok aje
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
ye, kak ct sudi2;ah ajar kami 😉
Ummi Hanie recently posted..Tutti Frutti ~ teringin nak pekena sekali sebelum bulan puasa
Betul tu… Nak berniaga kita perlu bersedia menghadapi rintangan dan risiko kegagalan…. Betapa manis harga sebuah kejayaan apabila kita bersusah payah untuk mencapainya… 😉
Anuar recently posted..Mendapat Kepercayaan Berita Harian
betul tu nuar
sangat2 manis bila dapat melepasi segala rintangan dan cabaran
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
Betol tu kak..bukan senang nak meniaga…jiwa mau kental…saya pun baru start meniaga ..ikut aturan..sblm ni main langgar je..heheh
hahaha main langgar jadi ok tak ape hehe
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
Kalau nak berniaga goreng pisang sekali pun kena ada perancangan dan modal….ni kan pulak berniaga tudung..lagi lah kena rancang baik-baik.
yer betul sangat2 tu man….
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
Setakat sekali dengan tulisan di akhir kak Siti…
Bila kita memudahkan urusan orang lain. Allah akan memudahkan setiap urusan kita aamiin…aamin.
Lama tidak bersilaturahmi di sini Kak Siti
Ferry recently posted..Wajah Baru Denaihati
jumpa kembali pak
terimakasih ya masih sudi bersiratulrahim
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
ujian dibulan puasa… 🙂 orang xkan mampu tahu ape yang kita rasa andai mereka sendiri xmerasa…:)
missnana recently posted..~Pesanan Terakhir Rasulullah~
betul tu missnana, bila dah terkena kat diri sendiri, jangan cari silap jauh2, semuanya dari kita jugak
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
Saya tengah berjinak-jinak perniagaan online. Masih banyak ilmu perniagaan memikat pelanggan belum khatam lagi. 🙂
akubiomed recently posted..Meningkatkan trafik blog dengan mobile user
teruskan usaha, inshaAllah ada jalan dan cara
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
sebab tu banyak butik online yang tak tahan lama. hehe..
masalah modal dan promosi. Nak promosi..mesti ada modal maa kalau main market online ni..
titan recently posted..Sertai Konvensyen Usahawan Muslim – Bisnes sebagai satu Fardu Kifayah
iya pak, betul itu
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
kadang ikutan saja.tapi yang penting kena usaha apa pun
faizalPj recently posted..Persediaan 29 Hari di Bulan Ramadhan 1434H
yup betul
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
Salam Subuh cahaya Ramadhan…
Bertanam pandan di jalan merah,
Lebat kuini sibuah markisa,
Buah delima tiada berbela;
Salam Ramadhan bulan maghfirah,
Selamat menjalani ‘ibadah puasa,
Ibadah maksima ganda pahala….
terimakasih ya
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
bersusah-susah dahulu, bersenang-senangkan kak comel..
fyna recently posted..Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Selangor 2013
iya setuju banget itu
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
memang dah ketagih dengan tudung akak, sedap pakai, selesa pakai, comel bila digayakan…walau rupa tak berapa nak lawa…kompem muka pun nampak lawa…auwwww
ayu jamal recently posted..Selamat Berpuasa Kengkawan
hahaha makasi ya buk
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
benar apa yg akak kongsikan ni, ada rasa kalau takde ilmu jawabnya huru-hara..
semoga saya juga mampu mempermudahkan urusan orang lain..
ejam recently posted..Cantik di Hari Raya Bersama Aura Hot.
inshaAllah
mudah2an
aamiinn
sweetkurma recently posted..orang lain berniaga, kita pun nak berniaga
Boleh jadi inspirasi baca entri Sweetkurma ni. Betul nak berjaya kena berani ambil risiko, plan dari awal dan budget kena ada.
Azie recently posted..Kucing Comel
terimakasih azie
sweetkurma recently posted..suamimu bekas suamiku
Entri luah perasaan ye kak.
Ini peringatan untuk saya juga.
Kelak ingat nak berniaga tapi kena cukup semua dulu baru boleh mula juga kan.
Hehehe
profhariz recently posted..Panduan Solat Tarawih Amalan Sepanjang Ramadhan
Planning tue memang penting, tak boleh buat suke hati je.. Kene jugak fikir medium dan long term. Takut takut ade masalah…
Emm susah juga nak berniaga ni..modal tu penting..sebab tu sampai sekarang saya masih belum mampu bukak kedai..tak ada modal yang cukup..hhehe
Hafizul recently posted..Permulaan Ramadan Yang Menyedihkan
saya niaga kecik2 je kak, offline dan online. buat sikit2 je ikut kemampuan
sama-sama kita mudahkan uruskan sesama kita barulah ada keberkatan sesama kita
Khairul Zamri recently posted..Putu Bambu – Jana Pendapatan di Bulan Ramadhan
yer betul
moga siratulrahim diantara kita akan berkekalan
sweetkurma recently posted..suamimu bekas suamiku
Informasi di atas mengandung banyak informasi yang buat saya kaji, terimakasih gan atas semua infoirmasinya, semoga panjang umur dan sehat selalu.
syifal recently posted..Obat Herbal Hepatitis
terimakasih
amin Ya Allah
sweetkurma recently posted..ku pendam sebuah duka