pelaris dalam perniagaan

salam sejahtera semua…

baru2 ni kedai kak sweetkurma di datangi orang yang dikenali cuma namanya biarlah akak rahsiakan, dia salah seorang pengemar koleksi tudung2 kak sweetkurma..

setelah puas memilih tudung2 yang sesuai, kami pun ada bercerita tentang perniagaan, dia orang biznes dan akak pun orang biznes jadi bila cerita pasal biznes memang best, 2 hari 3 malam pun tak abis… topik kami petang tu tentu berkaitan perniagaan tudung dan gedung textile..

kami menjadi terlalu heran sebab kenapa sesetengah peniaga sanggup mengambil keuntungan yang berlipat lipat kali ganda sedangkan ianya dilarang dalam islam….

dalam seronok bercerita kami menyentuh satu perniagaan textile yang sangat2 maju dan gedung ni ada di mana2 saja, pada pandangan mata kami ianya sangat maju… apa yang akak tahu tokeh gedung ni sangat pemurah orangnya, selalu saja membuat donation kepada yang memerlukan, dan satu ketika seorang teman pernah berjumpanya untuk meminta sumbangan untuk rumah kebajikan, dia dengan tak cerita panjang terus capai cek dan menulis nilai rm20,000.00 (atas jariah arwah bapanya)…setiap pagi jumaat pulak semua pekerja yang shift pagi, di minta untuk masuk awal 1/2 jam untuk majlis membaca surah yassin beramai-ramai…

bagi akak kejayaan gedung beliau adalah disebabkan usaha yang berterusan, bersedekah yang berterusan dan juga beramal yang berterusan TAPI bagi customer akak tadi, tentu dia ada PELARIS, dia bilang mana ada biznes yang maju yang tak guna PELARIS… PELARIS tu apa dan macam mana..? sebab lain macam jer bunyinya…akak hanya mendiamkan diri dan tidak terus membincangkan PELARIS yang dimaksudkan tu, tak lama lepas tu, dia pun balik meninggalkan kedai akak…

akak yang dah lama berniaga ni memang lah tak guna PELARIS yang dimaksudkan customer tadi, sebab banyak amalan2 yang kita boleh amalkan selain dari berusaha secara berterusan… contohnya dengan membaca surah Al-Waqiah…

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

“Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

dan banyak lagi amalan2 seperti dalam entry matlamat hidup dan banyak lagi yang anda boleh dapati dari blog denaihati yang menggunakan tagline hidupkan untuk memberi…

apa yang rakan2 faham tentang PELARIS….

Sila Kongsi :
  • akubiomed September 12, 2012 at 10:32 pm

    Bercerita mengenai pelaris teringatkan akan adik ipar saya pernah berniaga makanan beberapa kali terkena orang yang tidak berpuas hati meninggal benda khurafat di gerai sehingga pelanggan tetap bertanya kenapa kedai kelihatan bertutup. Adik ipar kata sehari suntuk dia digerai dan nampak pelanggan hanya lalu. Banyak kali juga beliau terkena perkara-perkara seperti ini.

    Saya pun tidak faham kenapa perlu ada sifat ‘PHD’ dan mengunakan perkara khurafat untuk melariskan perniagaan.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Gasing pangkahMy Profile

    • sweetkurma September 12, 2012 at 10:40 pm

      perkara sebegini memang sering berlaku di kedai makan, tak tahu kenapa manusia suka mengenepi hukum islam demi dunia yang sementara….

      akak pun pernah kena, sales hampir tidak ada pada bulan tersebut beza sampai belasan ribu dari bulan sebelumnya, mmg rasa ada sesuatu yang tak kena, husband bacakan yassin setiap hari dan akak pun amalkan surah yassin selepas solat subuh hampir setiap pagi (dan alhamdullilah dah jadi amalan) berserta dengan surah2 yang lain… alhamdulillah pulih semula…..

      yang herannya benda2 macam ni biasa dilakukan bangsa kita sendiri….
      sweetkurma recently posted..pelaris dalam perniagaanMy Profile

  • Encik Anif September 12, 2012 at 11:02 pm

    Hmmm.. tu PELARIS apakah itu? Misteri sungguh bunyinya.. Agak-agaklah, bolehkah PELARIS tu digunakan untuk mengembangkan perniagaan di luar negara?
    Encik Anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #52My Profile

    • sweethoney September 12, 2012 at 11:11 pm

      hehe memang misteri dan keras jer bunyinya…akak pun tertanya tanya jugak
      PELARIS untuk pergi global kena lah menjejaki dunia tanpa sempadan hehe

  • kak ina kl September 13, 2012 at 12:22 am

    salam ziarah
    setuju dengan cara peniaga yang suka hidup untuk memberi..insyallah mendapat keberkatan dengan rezeki yang di terima

    phd adalah salah satu yang menjadi kesukaan kepada orang yang tak senang melihat bangsa sendiri berjaya

    • sweetkurma September 13, 2012 at 12:28 pm

      setuju tu kak ina, fadilat bersedekah ni mmg banyak, kita beri 1 dapat 10… ini lah pelaris perniagaan sebenar
      sweetkurma recently posted..pelaris dalam perniagaanMy Profile

  • Sop September 13, 2012 at 12:26 am

    pelaris sgt femes bila berniaga sehingga langgar ajaran agama.
    bila x laku pula kita anggap org buat perkara kotor.. semua menyebabkan akidah terpesong
    sedangkan byk kekurangan kita semasa berniaga kan?

    terima kasih kak Ct atas perkongsia
    Sop recently posted..Keputusan Tidak Rasmi Cabaran SEO Eyriqazz vs DenaihatiMy Profile

    • sweetkurma September 13, 2012 at 12:29 pm

      betul tu sop…ramai orang sanggup memesongkan akidah untuk mendapatkan rezeki dari berniaga
      sweetkurma recently posted..pelaris dalam perniagaanMy Profile

  • rahman September 13, 2012 at 12:50 am

    senyuman juga merupakan pelaris dalam perniagaan … ramai peniaga yang terlupa nak senyum bila berurusan dengan pelanggan 🙂
    rahman recently posted..Layan Leko Leko di Plaza Metro KajangMy Profile

    • sweetkurma September 13, 2012 at 12:29 pm

      betul tu man, kadang2 hanya perlu senyum jer tanpa kata apa2…
      dengan senyuman dah boleh menarik perhatian pelanggan
      sweetkurma recently posted..pelaris dalam perniagaanMy Profile

  • Eizil September 13, 2012 at 4:45 am

    Apabila kita tidak percaya akan rezeki yang telah Allah janjikan, itu yang timbul prasangka buruk seperti mengguna PELARIS ni, tapi saya tahu, kak siti memang ada guna PELARIS, pelaris perhubungan yang baik sesama pelanggan… hehehe gegurau jer kak.
    Eizil recently posted..Pelbagai hadiah untuk dimenangi, contest pertama besar-besaran.My Profile

    • sweetkurma September 13, 2012 at 12:31 pm

      PELARIS dengan mengeratkan siratulrahim dengan pelanggan mmg salah satu cara untuk memajukan perniagaan kita… dari berabis buat iklan baik kita bagi percuma kepada rakan2 untuk memperagakannya…pahala dapat duit pun dapat 😀
      sweetkurma recently posted..pelaris dalam perniagaanMy Profile

  • Blog Keperawatan September 13, 2012 at 8:45 am

    Banyak juga cara yang telah diajarkan oleh agama kita dan juga dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa saalm dalam hal perniagaan.
    Yakinlah bahwasannya yang memberikan rejeki adalah Allah Ta’ala bukan ‘Penglaris” yang banyak digunakan dan kebanyakan juga menyimpang dari Islam walaupun kadang dibumbui ‘aroma-aroma islam’ yang sebenarnya tidak ada.
    Telah ada dalam Al-Qur’an dan Hadist mengenai berdagang yang baik.

    Terima kasih sahabat telah berbagi pengalamannya.
    Blog Keperawatan recently posted..Keluhan Ibu Hamil Yang UmumMy Profile

  • Nadot September 13, 2012 at 10:37 am

    takut bile pikir pasal orang2 yang pendengki sampai sanggup jathkan orang lain dengan care2 jahat ni… tak takut langsung eh.. Semoge Kak Siti dijauhkan dari kedengkian orang2 lain 🙂
    Nadot recently posted..Delicious, Memang Delicious!My Profile

    • sweetkurma September 13, 2012 at 12:33 pm

      betul tu orang dengki dengan kejayaan kita ni memang sentiasa ada…
      mudah2an dijauhi Allah akan musibah sebegini….aamiinn
      sweetkurma recently posted..pelaris dalam perniagaanMy Profile

  • donnyien September 13, 2012 at 12:39 pm

    dalam perniagaan macam2 taktik untuk melariskan barang, kat tempat saya kerja pun begitu juga~ saya buat tidak tahu je
    donnyien recently posted..Gambar Dan Applikasi Terbaru iPhone 5My Profile

    • sweethoney September 13, 2012 at 1:25 pm

      yang tak elok kita jangan ikut

  • donnyien September 13, 2012 at 12:40 pm

    macam2la cara diowang ni~
    donnyien recently posted..Wordless Wednesday # Gunung KinabaluMy Profile

    • sweethoney September 13, 2012 at 1:24 pm

      semua nak guna jalan singkat untuk kaya

  • puanbee September 13, 2012 at 1:04 pm

    PELARIS ? tak pandai dengan benda-benda ilmu halus ni , bagi saya tak ada benda yg boleh buatkan kita berjaya selain dari ilmu dan usaha 🙂
    puanbee recently posted..Badam penawar dengkur dan menguatkan mindaMy Profile

  • azman September 13, 2012 at 2:18 pm

    Sihir pelaris ni memang ada,cuma kalau gunakan ayat2 Al Quran tak jadi masalah,tapi kalau guna Jin memang syirik lah.
    azman recently posted..Bila Dah Tua Baru Nak Minum SusuMy Profile

  • Hazmin Hamudin September 13, 2012 at 3:25 pm

    Tak faham dengan perangai dan sikap orang kita yang tak boleh tengok orang lain senang. Kenapa perlu guna benda-benda yang bertentangan dengan ajaran islam dalam perniagaan. Kalau kita ada usaha, yakin dan bersungguh dalam berniaga, pasti ada hasilnya kelak.
    Hazmin Hamudin recently posted..Spesifikasi Menarik iPhone 5My Profile

  • Mummy Akmar September 13, 2012 at 5:42 pm

    Jangan la terjebak dengan perkara shirik.. Perkara yang mengekutukan Allah tidak akan diampunkanNya.. Mintak-mintak dijauhkan dari kita.. Amin!
    Mummy Akmar recently posted..Hadis Tentang Ibu Tunggal (Janda) dan Mummy BersyukurMy Profile

  • hazman aka species1980 September 13, 2012 at 6:21 pm

    Rasanya kalau jadikan ABANG ENSEM sebagai duta confirm boleh jadi pelaris kedai akak tu….hahahahaha..
    hazman aka species1980 recently posted..Jamuan Hari Raya Opis 2012My Profile

    • sweetkurma September 14, 2012 at 12:07 am

      hahaha pandai lah hang man….
      boleh syarat kena buang misai sebab nak kena pakai tudung hehe
      sweetkurma recently posted..pelaris dalam perniagaanMy Profile

  • KiD September 13, 2012 at 9:42 pm

    pelaris paku laris.. kalau salah guna cara dan kaedahnya, salah laaa jadinya.. membaca surah al-waqiah tu memang saya gemar dan diajar masa sekolah dulu.. semoga apa yang kita lakukan diredhai Allah..

    ermmm… model sebagai pelaris, dikira tak? hehheee
    KiD recently posted..Tebus Hadiah dengan TM RewardsMy Profile

  • beckhr00y September 13, 2012 at 11:50 pm

    pelaris tu apa (tak nak berprasangka buruk) ?
    beckhr00y recently posted..Gabriel Muniz Pemain Kudung Hebat Bermain Bola SepakMy Profile

  • syamila September 14, 2012 at 10:08 am

    dah la guna pelaris, blh pula sabotaj rakan seperjuangan…mmg pakej yg sempurna kan…huhuhu
    syamila recently posted..Orang SusuMy Profile

  • shraqs September 14, 2012 at 11:19 am

    Itulah yang susahnya perangai orang kita ni. Tak boleh tengok orang lain maju sikit, mula lah nak buat tanggapan yang buruk2,… susah sangat ke nak memberi tanggapan baik pada orang lain? Bila lah agaknya orang kita nak berubah… sedih saya. 🙁
    shraqs recently posted..New iPod Nano Untuk Penggemar MuzikMy Profile

  • Ibu Mifzal Arsyad September 14, 2012 at 3:52 pm

    er..sy bukan org bisnes…cemana bentuk pelaris tu?
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Hentikan Penghinaan Terhadap Islam & Nabi Muhammad SAWMy Profile

  • irsah September 15, 2012 at 9:24 am

    nauzubillah.. itulah sebanarnya hakikat dunia bisnis kita, especially org melayu kan kak. memang dikaategorikan kurafat pelaris nih, dan memang ada lagi org bisnis mengamalkannya. terima kasih share info kak. mana lh tahu ada yang singgah akan berpaling dari sifat tersbut. cara dakwah juga kan???

  • ProfHariz September 19, 2012 at 12:25 pm

    Sebenarnya ISLAM itu sudah cukup sempurna tambahan pula dengan Al-quran dan hadis cukuplah beramal dengan itu.

    Bukan ke sempadan jumpa bomoh nak pelaris. Itu yang cheq tak gemor
    ProfHariz recently posted..Wordless Wednesday #12 – Aku HairanMy Profile

  • Hafizul September 20, 2012 at 3:53 pm

    terima kasih kak..lepas ni nak baca surah tu selalu la..hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] JertehMy Profile

    • sweethoney September 20, 2012 at 4:32 pm

      sama2…
      mari kita amalkan nya selalu

  • Wanayu September 21, 2012 at 1:53 am

    Thanks kerana bg info ni..
    Wanayu recently posted..Datuk nicol david dapat pangkat mejar kehormatMy Profile

    • sweethoney September 22, 2012 at 10:04 am

      sama2…untuk kebaikan bersama

  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge