Biznes : permintaan yang berterusan

salam sejahtera buat semua….

nak berkongsi dengan rakan2 semua tentang perniagaan tudung apabila bulan rejab menjelma sehingga lah menjelangnya hari raya nanti… masuk jer bulan rejab permintaan terhadap tudung2ku meningkat berkali kali ganda, ada ketika memang tak larat nak memenuhi semua permintaan…

mesin jahit baru masuk kilang…setiap design perlukan mesin jahit yang berbeza

setiap design ada kalanya memerlukan mesin jahit yang berbeza, ianya bermula dengan 2 buah mesin jahit sampai lah 10 buah semuanya…masuk tahun ke empat dalam perniagaan ini, aku dah semakin tahu akan trend terhadap permintaaan tudung2 dari pemborong… alhamdulillah pengeluaran tudung2ku aku laksanakan secara berterusan dan tidak mengikut musim kerana tak mahu buat kerja2 di saat-saat akhir…

memahirkan diri dengan mesin baru

tak sangka biznes yang pada mulanya sekadar untuk suka2 menjadi serious, alhamdulillah dalam waktu yang singkat, ramai yang mengenali tudung keluaran “little scarf collections”… sememangnya pada awalnya banyak kesukaran yang ku lalui…cabaran dan rintangan orang berniaga amatku rasai…

berusaha untuk memenuhi permintaan dari pemborong2 setia

alhamdulillah semuanya dapat ku lalui dengan tenang….hidup biar santai…terimakasih Tuhan atas peluang dan rezekiMu ini….

Sila Kongsi :