perniagaan tidak bermusim

kak sweetkurma nak berkongsi tentang salah satu perniagaan yang tidak bermusim, iaitu membuat dan menjual tudung, dua bulan sebelum puasa terlalu sibuk menyiapkan tudung untuk pasaran sehingga menjelang syawal…

sebahagian kain2 tudung yang sudah siap digunting dan sedia untuk di jahit

ingat selepas seminggu cuti raya boleh lah rehat, rupa2nya tekaan kak sweetkurma meleset, permintaan sepanjang bulan syawal lagi banyak, mungkin juga untuk dipakai semasa majlis rumah terbuka dan juga kenduri kawin….

sebahagian tudung2 yang sudah siap dijahit dan gosok, sedia untuk dibungkus…

kak sweetkurma ingat lagi tahun pertama menjalankan perniagaan dulu, bagi pekerja cuti raya dua minggu sebab akak ingatkan menjelang syawal permintaan kurang, rupa2nya lagi berganda, jadi tahun2 berikutnya akak dah tahu dah trend perniagaan tudung2 ni…

masuk minggu ke dua syawal, pekerja dah sibuk semula menyiapkan tudung2 baru bagi mengantikan stok2 yang sudah terjual sepanjang bulan ramadhan dan juga tudung2 untuk keperluan haji, sebab musim haji sudah bermula…

biasa orang cari untuk menunaikan haji dan umrah
yang biasa orang cari bila menjelang musim haji dan umrah

bila tiba musim haji dan umrah, tudung2 labuh berwarna hitam dan putih amat laris sekali, tak menang tangan dibuatnya…

akak bersyukur sangat2 dengan rezeki yang Allah beri ini….

sentiasa berusaha untuk menjadikan perniagaan yang kecil menjadi besar…inshaAllah

Sila Kongsi :