rancak berbiznes tudung

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian….

tahun baru 2013 ni nak juga selalu bercerita tentang biznes, rasanya ramai dikalangan rakan2 blogger yang menjalankan perniagaan secara sepenuh masa atau juga sampingan, tak kisah apa jenis perniagaan, asalkan ianya halal dan kita senang serta ikhlas menguruskannya….

nama jer duduk di rumah, tapi sentiasa sibuk dengan kerja2 menguruskan perniagaan tudung, setiap hari kena fikirkan macam mana nak memasarkan tudung2 dan kena proaktif iaitu bertindak cepat dengan design2 yang sering bertukar, kena buat design lepas tu buat “try and error” bagi memenuhi kehendak pelanggan, kena ikut trend serta keperluan mengikut musim, macam musim haji dan umrah serta hari raya…segala-galanya kena cepat…

selepas persekolahan bermula (sebelum ni banyak buat tudung sekolah), musim orang buat ibadah umrah pulak, maka tudung untuk umrah menjadi tumpuan dan kena cepat sebab permintaan memang sangat2 mengalakkan… alhamdulillah, walaupun terlalu ramai orang di luar sana menjalankan perniagaan tudung, tapi rezeki Allah maha luas, demand memang sentiasa ada…lagipun ianya produk wanita, biasalah kuasa membeli dikalangan wanita adalah tersangatlah tinggi…

kena fikirkan agar aktiviti yang dijalankan menjadi mudah
kena fikirkan agar aktiviti yang dijalankan menjadi mudah

setiap hari mencari jalan macam mana semua pekerjaan yang kita lakukan agar menjadi mudah, dalam solat duha berdoa mohon pada Allah agar dipermudahkan semua urusan dan dalam masa yang sama kena berusaha mencipta sesuatu aktiviti agar menjadi lebih mudah untuk dilakukan, seboleh mungkin kita hindari akan kesusahan….

yang paling penting kena jujur dalam setiap tindakan, kerana kejujuran akan melahirkan kepercayaan dan kepercayaan akan memberikan banyak kebaikan serta kemudahan dalam hidup….

astaghfirullah, tiada niat untuk menunjuk nunjuk cuma akak telah ditakdirkan untuk berkongsi…..

Sila Kongsi :