semangat juang dalam perniagaan

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua…,

jam menunjukkan 1.30 pagi, tapi masih ramai yang belum tidur, maklum lah esok cuti, selamat bercuti kepada semua rakan blogger yang bercuti, buat yang terpaksa bertugas, kak sweetkurma ucapkan selamat bertugas…buat akak yang berniaga ni, esok adalah hari yang paling sibuk sekali kerana ramai pemborong yang nak datang untuk memborong tudung, alhamdulillah rezeki Allah maha luas, sambutan sangat2 mengembirakan hati kak sweetkurma…

tentu sesiapa saja yang membaca entri ni, akan berkata wahhh seronok tengok kak sweetkurma, biznes tudungnya sangat2 maju, TAPI tahukah anda laluan yang akak kena lalui untuk sampai ke tahap ini, terlalu banyak cabaran yang harus di harungi, bukan saja semasa memulakan perniagaan TAPI sekarang ni pun ada insan2 yang tidak puas hati dengan pencapaian kak sweetkurma… semuanya kak sweetkurma pandang sebelah mata je, sebab semangat juang untuk menjadi “business woman” yang berjaya telah kak sweetkurma tanam sejak awal lagi…. jadi apa2 saja bentuk halangan yang datang, akak harungi dengan tabah dan ikhlas…

sumber google
sumber google

akak rasa sangat bangga jika ada rakan2 rapat yang berhasrat untuk membuka kilang tudung dan memasarkan secara besar2an, sekurang kurangnya akak menjadi contoh kepada beliau untuk menjalankan perniagaan TAPI jika niat mereka membuka kilang tudung semata mata nak berlawan dengan akak dan mahu melihat akak jatuh, itu adalah SILAP BESAR, sebab dengan kekuatan dan semangat juang yang ada pada akak, akak tidak mudah mengalah, akak hanya tewas dengan kuasa Allah…

nasihat akak kepada mereka yang ingin berjaya dalam perniagaan, setiap langkah dan tindakan biarlah disertai dengan niat yang betul serta ikhlas…

mari lah menuju kejayaan…

Sila Kongsi :