terimakasih akademi denaihati

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

walaupun masih terkejut dengan berita pemergiaan rakan blooger kita jejai @ azhar ramli, moga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama sama para salihin, amiinn… moga keluarga beliau tabah dengan ujian ini…

diam tak diam sudah hampir setahun akak melibatkan diri dengan dunia blog ini, sebelum ini tak berapa tahu sejauh mana keberkesanan blog dengan orang di luar sana, orang yang paling rajin bercerita pasal blog ni dulu adalah tuan punya akademi denaihati, cuba2 juga untuk menulis tapi macam tak menjadi, sampailah akak menghadiri seminar wordpress yang dianjurkan oleh akademi denaihati di hotel singgahsana awal tahun lepas, dari situlah bermulanya sejarah aku sebagai seorang blogger…

bersama rakan sekelas dan juga cikgu2
bersama rakan sekelas dan juga cikgu2

sebagai blogger macam2 yang akak pelajari dari blog2 rakan blogger yang lain, dapat kenalan, dapat ilmu, dapat petua, dapat tahu tempat itu dan ini, dapat tahu makan itu dan ini serta yang paling seronok sekali dapat ngeteh or ngopi bersama sama… rakan blogger ni sangat sporting, saling membantu antara satu sama lain, kalau tidak masa kan boleh perniagaan akak berkembang pesat…

dengan ini akak nak ucapkan jutaan terimakasih kepada akademi denaihati, tak lupa kepada guru besarnya saudara denaihati, cikgu2 yang mengajar, cikgu nizam power, cikgi eizil, cikgu zul dan semua yang terlibat pada seminar wordpress pada ketika itu…

terimakasih juga kepada rakan blogger yang sudi singgah dan memberi komen di setiap entri yang akak tulis, tak sangka ada yang sudi singgah, penyinggah dan pengomen yang paling rajin juga telah ku jejaki saudara azman ismail, terimakasih banyak2 ya, jasa kalian tetap bersemadi dalam ingatan…

moga siratulrahim antara kita berkekalan, aamiinn…

mari lah menuju kejayaan

Sila Kongsi :