tukar cara

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

tidak punya waktu yang banyak untuk menulis tapi hati meronta ronta mahu mencoretkan sesuatu walaupun tidak tahu apa yang mahu dicoretkan… tiba2 menjadi begitu sibuk sekali, mungkin ini ada kaitannya dengan cara baru yang akak gunakan bagi memasarkan koleksi tudung2 little scarf collections, alhamdulillah cara baru ini menjadi nampaknya…dalam dunia perniagaan kita sememangnya kena berani untuk mencuba sesuatu yang baru…

menjadi pilihan ramai
menjadi pilihan ramai

menjelang tahun 2013 ini, permintaan terhadap tudung2 “haji/umrah” dan selendang sangat2 mengalakkan, ianya ditambah lagi dengan permintaan telekung dari kain lycra yang akak terima, apabila permintaan terlalu tinggi sudah tentunya ianya akan membuatkan diriku menjadi begitu sibuk sekali, kena turun padang membantu pekerja menyiapkan semua tempahan, walaupun ianya sangat2 memenatkan tapi hati sangat2 puas kerana segala usaha kuat selama ini menjadi….alhamdulillah syukur…

alhamdulillah dengan menukar cara pemasaran yang tidak begitu drastik membuahkan hasil yang lumayan, terimakasih Allah atas rezekiMu ini….

marilah menuju kejayaan…

berjumpa kita di Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 anjuran Denaihati Network, 26hb Januari 2013, sabtu, dari jam 2 petang – 6 petang, jongkong emas untuk dimiliki pun ada, jumpa di sana di sana di sana….InshaaAllah

Sila Kongsi :