bertandang

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

baru terbaca 7 Sebab Kenapa Anda Perlu Blogwalking yang di tulis blogger idaman malaya berkaitan dengan ziarah atau bertandang dari blog ke blog kepunyaan rakan blogger yang lain.

gambar semasa sama2 berseminar
gambar semasa sama2 berseminar

sebenarnya apa yang di tulis oleh brother ishak ismail tu memang betul belaka, kalau kita tidak memulakan menziarahi blog rakan blogger yang lain, mana mungkin mereka akan bertandang atau menziarahi blog kita, bersilaturahim ini memang sangat2 baik.

kak sweetkurma rasa sangat terpukul bila membaca entri ini, sebab kak SK memang tidak punya semangat kerajinan berziarah ke blog rakan blogger yang lain, sifat rajin ni pada peringkat awal menjadi blogger jer dulu huhu.

kena kembalikan zaman mendapat alexa ranking untuk malaysia dibawah paras 500, betul kata brother ishak, salah satu step untuk menaikkan alexa ranking adalah dengan berziarah ke blog rakan blogger yang lain, kerana biasanya mereka akan membuat kunjungan balas.

terimakasih banyak2 buat brother ishak atas entri tersebut, kerana sedikit sebanyak ianya membuka minda kak SK untuk melaksanakannya, inshaAllah

sekian, buat kali ini

wassalam

Sila Kongsi :