Kembali Diminati

Tahun datang dan tahun pergi, tidak begitu terasa sudah 8 tahun terlibat dengan dunia perniagaan tudung secara talian. Pasang dan surut dunia perniagaan dilalui dengan sesabar mungkin, dari permintaan yang banyak, menjadi berkurangan atas sebab perubahan fesyen tudung yang begitu cepat. Seiring dengan waktu, kita kena cepat bertindak untuk lebih fokus kepada yang lebih diperlukan dan permintaan yang berterusan.

selendang menjadi trend dan ikutan sejak 3 tahun lepas

Saat permintaan tudung sarung mudah pakai berkurangan kerana fesyen berselendang menjadi trend dan ikutan. Sweetkurma fokus kepada tudung umrah/haji yang sememangnya tidak ada berlakunya konspirasi dalam dunia fesyen tudung. Tudung yang labuh, berlapik didagu (soft awning) juga mesra solat ini, terus ada permintaan. Pun begitu sweetkurma tetap mengambil peluang untuk menjual selendang mudah pakai (instant) juga yang lebar dan panjang. Alhamdulillah rezeki masih berpihak kepada sweetkurma.

permintaan yang berterusan untuk tudung umrah/haji, alhamdulillah

Kini, menjelang 2017 tudung sarung mudah pakai (instant) hard awning kembali menjadi trend dari kalangan wanita berkerjaya juga berniaga, selain mudah dan cepat, ianya sesuai untuk dipakai ke pejabat juga majlis tertentu. Sweetkurma sudah agak lama tidak mengeluarkan yang baru, sekadar menjual stock yang sedia ada. Alhamdulillah stock sedia ada kian berkurangan, boleh dikatakan hampir kehabisan. Membuat percubaan menyiapkan 30 helai, alhamdulillah ianya habis terjual dalam tempoh sehari sahaja.

kembali diminati tudung sarung (hard awning), alhamdulillah

Minggu ini, sweetkurma mula bertindak dengan memggunting sebanyak yang boleh tudung sarung ini, InsyaAllah tidak lama lagi stock baru akan mula dipasarkan di online kedai sweetkurma.

Moga rezeki sweetkurma dalam perniagaan tudung sarung ini berterusan, ameen. Bagi yang ingin menjual tudung dengan jenama sendiri, sweetkurma sedia menerima tempahan, InsyaAllah.

Marilah menuju kejayaan.

LOVE

Sila Kongsi :