Jangan Bersedih… Tersenyumlah

18.02.2019 – Isnin

Selesai urusan hari ini, terus ke Alamanda Mall, Putrajaya untuk solat dan minum petang. Sebelum itu, seperti biasa akan singgah MPH, meninjau buku-buku yang menarik, sebab sweetkurma memang suka membaca…

Sweetkurma mencari buku Ummul Mukminin Khadijah, Pemilik Istana di Syurga dan buku Dahsyatnya Qiamullail.  Sejak akhir-akhir ini, sweekurma rajin baca kisah Khadijah dan Zulaikha. Sebagai wanita, terlalu banyak inspirasi yang boleh didapati dari kisah dua wanita ini.  Sebenarnya banyak kisah wanita-wanita hebat yang boleh kita jadikan inspirasi…

Sedang sweetkurma ralit meneroka dari satu rak ke satu rak.  Tiba-tiba sweetkurma terpandang buku “Smile & Enjoy Your Life” @ Senyum & Nikmatilah Hidup Anda… Tertarik sangat dengan ringkasan dari buku ini :

Jangan bersedih, tersenyumlah dalam kehidupan. Apabila kesedihan, kegundahan dan kesempitan melanda, maka jangan anda berkata, “Ya Tuhan, aku memiliki kesulitan”, akan tetapi katakanlah, “Wahai kesulitan, aku memiliki Tuhan Yang Maha Besar, Tuhan Yang Maha Mulia, yang akan menjawab dan mengabulkan doa orang yang dalam kesulitan…

Sweetkurma belum beli buku ini, tapi akan beli In Sha Allah.  Sweetkurma beli dua naskah dulu “Ummul Mukminin Khadijah, Pemilik Istana di Syurga” dan buku “Dahsyatnya Qiamullail”…

Tersenyumlah, kerana kita ada “Malam”, waktu yang ditaburi seribu keberkatan dan kemuliaan…  Disebalik dengkuran kebanyakan manusia yang lena dibuai mimpi, ramai juga yang berjaya mencapai pencerahan jiwa dan merasai puncak kemanisan iman…

Sila Kongsi :