Corak Kehidupan Berubah

Perubahan demi perubahan dalam melayari kehidupan terus berlaku sejak 2 tahun kebelakangan ini, perubahan yang sangat ketara dan boleh juga dikatakan agak drastik, kita merancang secantik mungkin NAMUN perancangan Allah jua yang paling cantik dan sempurna…. Dalam sedar tapi rasa begitu pantas, rupanya Allah sudah beri sebuah kehidupan kepada sweetkurma hampir 51 tahun, alhamdulillah….

Usia menghampiri 51 tahun
Usia menghampiri 51 tahun

Perubahan yang sangat dirasakan, apabila pasangan mula meninggalkan kamar detik November 2014, dan sah menjadi single fabulous detik 12 1 15 di usia hampir 50 tahun, alhamdulillah… Dalam sedih, kehidupan terus berubah bila mana sibuk membuat persiapan untuk anak sulong bertunang April 2015, pindah rumah Mei 2015 dan anak bernikah Jun 2015….. Masa terus berlalu dengan perubahan demi perubahan….

Di hari pertunangan mu
Di hari pertunangan mu

Lumrah manusia yang menyukai kemudahan, jika ada dua pilihan di hadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah, mereka tiada menyukai kesusahan dan berusaha untuk menghindari… Terus memburu kekuatan dari perubahan, sibuk dengan bisnis dan dalam masa yang sama menjadi begitu minat travel (dalam & luar negara)…. Kesedihan kian pergi bila yakin dengan ketentuan yang Allah susun, cucu sulong bakal lahir, alhamdulillah Mac 2016 ketika bercuti di Melbourne cucu sulong lahir ke dunia, status berubah lagi dengan menjadi “nyaie”…..

Senyuman mu duhai cucu
Senyuman mu duhai cucu

Kalau kita berkuasa menentukan sendiri semua kehendak diri, sudah tentu kita akan melakukannya cepat2, NAMUN setiap sesuatu itu dalam kekuasaanNya…. Dalam pada jadual kehidupan terus berubah dengan kehadiran cucu, Allah uji dengan cinta, jatuh cinta lagi setelah bergelar nyaie (jangan ada yang loya ya) harus di ingat cinta tidak mengenal usia hehe …..

Hati berbunga cinta
Hati berbunga cinta

Sejak dua bulan lepas jadual berubah 360 darjah, waktu tidur dan makan sudah ke laut, begitu juga waktu santai, semuanya gara-gara kelahiran Zisters Entertainment, Syarikat Produksi (milik 3 singles fabulous) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai Pengeluar Filem, Pengurusan Majlis, Pembikinan Video Korporat, Pengiklanan Digital, Pelatih Sosial & Media… Menerbitkan Vlog How To Be Single Again melalui Youtube Channel juga Blog The Zisters…

The Zisters
The Zisters

Pun begitu sweetkurma sangat bersyukur kerana anak bongsu terlibat sama dalam Syarikat Produksi Zisters Entertainment. Terlalu sibuk dan memenatkan TAPI sweetkurma rasa sangat seronok sehingga tidak sempat untuk memikirkan perkara2 yang remeh juga cinta. Tidak menolak jodoh, sweetkurma serahkan pada Allah untuk memilih yang terbaik buat sweetkurma juga dua rakan kongsi, ameen….

Rakan Taulan
Rakan Taulan

Kebahagiaan dan kejayaan seseorang di dunia dan akhirat adalah bergantung kepada redha Allah kepadanya, apabila Allah meredhai seseorang, maka dia akan berjaya ketika hidup di dunia, kehidupannya tenang, selamat dan sentiasa berada dalam keimanan, manakala di akhirat kelak ia akan mendapat syurga Allah yang tidak ternilai keindahannya, yang tidak pernah di lihat dek mata, didengar dek telinga dan tak terlintas gambarannya di fikiran kita, inilah kebahagiaan hakiki…. (IMAN bil : 22)

Terimakasih banyak2 buat anak2 dan menantu, rakan taulan, saudara mara, adik beradik dan bekas suami atas doa juga sokongan yang berterusan, moga ganjaran nikmat dari Allah berterusan buat ku juga kamu, ameen…..

With Love
Starlady

co

Sila Kongsi :