oh suami : Daun Siddir @ Suami Nakal

Mungkin ramai yang tak tahu apa itu daun siddir, sebenarnya aku pun tak tahu heee…aku mula mengenali daun siddir ini semasa mengerjakan ibadah umrah baru2 ni…

salah satu perkampungan di Makkah

Aku dan rakan sebilik dipelawa oleh ketua rombongan untuk ke sebuah perkampungan arab di Makkah, di situ ada sebuah rumah yang di diami oleh tok guru kepada ketua rombongan kami…Guru ini mempunyai beberapa anak angkat di kalangan anak2 yatim…semasa ketua rombongan dan jemaah lelaki ke Masjid untuk solat zohor, kami jemaah wanita solat zohor di rumah guru saja…

Semasa santai2, salah sorang anak yatim (perempuan) menghampiri kami dan menunjukkan barang jualan seperti tasbih, tudung dan beberapa bungkus “daun siddir” (aku dengar memang namanya siddir)….biasalah perempuan bila nampak yang pelik tu mula lah kecoh bertanya….tentu soalan cepu emas tentang kelebihan daun siddir itu sendiri…budak itu pulak tahu cakap bahasa arab dan kami ni pulak tahu cakap melayu, jawa dan english…so berlaku lah macam ayam dan itik berdialog…heee

daun siddir (harap tak silap dengar) apa yang disebut di Makkah

Tak puas hati jugak…bila guru (asal Indonesia) itu balik, kami pun bertanya, tentang kelebihan daun siddir itu…oooo rupa2nya….bila daun siddir itu direndam dengan air suam dan se elok elok baca surah yaasin 3x (niat yang baik2) lepas itu, airnya elok diberi minum kepada anak2 yang agak nakal, inshaAllah dengan izin Allah boleh membantu mengurangkan kenakalan anak tersebut….

Ada pulak suara2 nakal bertanya kalau “suami nakal” boleh ker…..tetiba salah seorang jemaah lelaki bersuara…”sebenarnya mana2 wanita yang mempunyai suami nakal sangat bertuah…ishhhh biasalah kaum wanita mula lah tunjuk reaksi tak puas hati…aku apa lagi terus menyoal balik…kenapa bertuah…?

Maka jemaah lelaki itu pun menjawab….mana2 wanita yang sabar dan tabah dengan kenakalan sang suami, maka ganjarannya sangat lah besar….aku pun dengan spontan menjawab…ooo ni kira macam investment jugak lah….”High Return High Risk”….maka semuanya diammmmm aku pun apa lagi diammmm jugak lah heee….sebenarnya kalau semua orang ambil semua dugaan dan musibah yang datang secara positif…maka tenang dan amanlah hidup “dunia dan akhirat” inshaAllah…aamiinn….

 

Sila Kongsi :