#LangkahLuqman : Sotong Masak MontBlanc

Hari seterusnya di Semporna, Sabah, luqman diberi banyak pendedahan tentang Semporna terutama keindahan & kebersihan pantainya, juga makanannya, ketika ini luqman masih di Tanah Besar Semporna…..

Salah satu makanan yang menarik perhatian luqman adalah sotong masak dakwat @ ink @ montblanc, mula2 macam pelik tapi bila sudah rasa, memang menambah…..

Luqman sedang menikmati sotong masak montblanc

Sebelum meneruskan perjalanan ke pulau Mataking, Sibuan, Maiga dan beberapa lagi, luqman dan rakan sekerja akan memanjat Bukit Tengkorak. Di Tanah Besar Semporna ada ketikanya aktiviti pengambaran tergendala disebab kan hujan hampir setiap hari, NAMUN aktiviti mandi-manda berjalan seperti yang dirancang, alhamdulillah luqman seronok…

aktiviti terjun laut dan mandi-manda

Pada malam tahun baru, luqman dan rakan setugas, gotong royong juga turut serta bergembira dalam suasana hari keluarga sebelah bapa pengarah wanita tersebut, memang ramai yang hadir dari atok-nenek, anak2, cucu2 dan cicit2……

rehat di rumah penginapan

Sarapan pada pagi isnin, luqman dihidang roti bom ais krim dan berinti kaya, memang sedap dan ini pengalaman pertama luqman. Nama kedai makan tersebut adalah Anjung Samudra. Luqman menginap di rumah pusaka keluarga sebelah bapa pengarah wanita tersebut, besar dan selesa…..

roti bom ais krim inti kaya yang lain dari yang lain

Malam ini jika cuaca baik, luqman dan rakan sekerja akan memanjat Bukit Tengkorak, InsyaAllah sweetkurma akan kongsikan di sini, tungguuuuuu

LOVE

Sila Kongsi :