3 Lelaki Misteri

Tidak ada yang lebih menarik untuk dikongsikan ketika dan saat ini kecuali cerita tentang 3 lelaki misteri, siapa lah agaknya lelaki-lelaki misteri tersebut…? Pun begitu Sweetkurma masih menanti lelaki misteri yang ke 3, misteri sangat ke….? itu tak pasti lah pulak…. misteri ke tidak…? Yang pastinya Sweetkurma sedang menanti kehadiran satu lagi lelaki misteri…. Bila..? Bagaimana…? Siapa…? Hanya Allah sahaja yang mengetahui…..

Sebenarnya, kawan Sweetkurma ada menunjukkan buku 3 Lelaki Misteri Dalam Al Quran, lelaki lelaki tersebut adalah Nabi Khidir a.s, Luqman Al–Hakim dan Iskandar Zulkarnain, pun begitu Sweetkurma belum lagi membaca buku tersebut, TAPI Sweetkurma teruja sangat ingin membaca dan mengetahui tentang 3 lelaki misteri tersebut… InsyaAllah Sweetkurma akan membacanya….

menunggu
menunggu

Sweetkurma bergurau sebenarnya tentang lelaki misteri yang seorang lagi tu, tidak ada pun sebenarnya lelaki misteri itu, sebab Sweetkurma terlalu sibuk dengan perjalanan Zisters Entertainment dan Little Scarf Collections sehingga tidak sempat untuk memikirkannya, TAPI kalau tiba2 Allah bagi Sweetkurma memang tidak menolak, kot kot lah tiba2 suami jatuh dari langit kan….? hihi

Kesibukan yang Sweetkurma hadapi tidak lah sampai menolak kehadiran Jodoh, hidup lah seadanya sekiranya kekayaan yang dikejar sememangnya sulit untuk dicapai dan bersabar lah dalam mencari kekayaan kerana ianya tidak semestinya senang kerana ada kalanya kekayaan adalah bermulanya petaka….hidup seadanya kadang2 jauh lebih baik daripada terlalu mengejar impian sedangkan tangan kita tidak cukup panjang untuk membuat jangkauan….

Rezeki Ajal Maut Jodoh Pertemuan Allah yang tentukan…. Biar pun apa yang berlaku sekarang, kehadiran lelaki misteri yang seorang ini pernah membuat Sweetkurma rasa gembira dan bahagia, walaupun jumpa hanya sekejap…. Moga Allah pelihara dia, ameen….

Terimakasih Zisters, hadirmu meringankan bebanku dari terus memikirkan tentang lelaki misteri…..

Salam Sayang

Starlady

Sila Kongsi :