bukan lagi menjerit tapi meraung

salam sejahtera semua, mungkin ada diantara rakan2 kak sweetkurma masih lagi ingat kisah duka seorang lelaki beristerikan wanita yang punya spesis misteri dalam entry jeritan batinku

sikap isteri yang tak menentu dan cemburu yang keterlaluan masih berterusan, membuatkan jiwa sang suami terus menjerit, bukan lagi menjerit tapi meraung tanpa didengari oleh isteri dan sesiapa saja kecual diri sendiri dan Allah yang satu..

yang herannya si suami masih mahu terus bersabar selagi boleh, sebab dia anggap sikap yang ada pada isterinya itu adalah satu penyakit dan bukan di buat2… kalau dia nak terus bertahan dengan sikap isteri itu terserah, tapi nak orang sekeliling terus memahami situasi dia, oh! rasanya tidak ada yang sanggup….

sang suami cuba memohon kerjasama dari orang sekeliling agar memahami masalah yang dia sedang hadapi, mohon orang sekeliling memberi kerjasama sekiranya dia tidak dapat “bergerak” disebabkan sikap cemburu buta isterinya…

sebagai seorang ahli perniagaan dah tentu tentunya kena bergerak, berjumpa dan berurusan dengan orang luar tak kira lelaki atau pun perempuan setiap hari, TAK KAN dengan semua orang nak cerita kot tentang masalah yang dihadapi dengan harapan semua orang akan memahami….

nurani yang sihat berjaya melalui rencah kesulitan, kepahitan, kesusahan dan cabaran disamping menikmati pelbagai kemanisan dan keindahan TAPI untuk dapat ini semua, kita kena lah berani bertindak bukan terus terusan berserah….!

Sila Kongsi :