di tinggal isteri

assalamualaikum dan selamat sejahtera

hasrat ingin menyelami hati atau perasaan seorang lelaki @ suami yang baru di tinggal isteri buat selamanya, kesampaian juga akhirnya, terimakasih kerana sudi berkongsi rasa dan perasaan…. selama ini paling banyak cerita yang ku dengar, baca dan lihat adalah di tinggal suami, tapi kali ini di tinggal isteri…

bila, di aju soalan tentang perasaannya sekarang, sudah tentu jawapannya “sedih lah kak, sebab dia menghembuskan nafas terakhir di depan mata, saya melihat dia pergi untuk selamanya kak”, baru jawapan mukadimah yang diberikan akak dah sebak….”berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”, betul lah tu, kita sekadar mampu melihat sahaja atas apa yang menimpa dirinya….

sekarang, dia lah ibu dan ayah kepada anak2nya, terlupa pulak nak tanya, berapa ramai anaknya semua, cuma yang akak tengok, dia ada anak kecil berusia lingkungan satu tahun lebih yang sangat comel, tertanya tanya jugak macam mana dia mengurus semua tu sebab dia yang ku kenali adalah seorang usahawan berjaya, rasanya masanya sebelum ini untuk keluarga sangat2 terhad….ceritanya lagi…. walaupun dia terlalu sibuk dengan dunia perniagaan, dia sangat jarang lepak kedai mamak dengan kawan2, kalau keluar lepak pun, dia lepak dengan isteri di kedai mamak…cuma waktu2 lepak sebegini sangat jarang berlaku kerana faktor kesibukan yang sukar untuk di bendung….

selama ini, urusan rumahtangga dan anak2 memang arwah isterinya yang uruskan semuanya, dia serahkan tugas ini pada isterinya, jadi bila isterinya meninggal dunia, dia terasa satu tamparan yang sangat hebat, di mana, siang dia jadi ayah dan malam jadi mama….sekarang baru dia rasa, beban yang ditanggung oleh arwah isterinya dalam mengurus rumahtangga dan anak2…saat ini dia betul2 terasa akan “kahilangan”….

sekarang, dia tidak punya pilihan selain mengurus rumah dan anak2 sendiri, memang terasa penatnya dan ada ketikanya macam tak tertanggung, tapi apa pun alasannya, kehidupan harus diteruskan, nasib dan masa depan anak2 harus diperjuangkan, KETEPIkan dulu semua perasaan sedih dan pilu sebab di tinggal buat selamanya, terus bermunajat kepada Allah SWT akan diberi kemudahan dalam mentadbir kehidupan seharian….

bila di ajukan soalan cepu emas berkaitan dengan pengganti arwah isterinya, dia memberi jawapan “saya berdoa pada Allah supaya tutup dulu nafsu saya buat sementara, sebab saya nak besarkan anak-anak…kalau Allah makbulkan, biarlah Allah yang bagi kak, sebab isteri saya dah uruskan saya dan keluarga sangat sempurna, saya takut saya akan mendapat kurang dari apa yang isteri saya berikan”… ala haiiiii sayu pulak membacanya….

nampak gaya, dia seorang lelaki yang kuat dalam mengharungi kehidupan yang sudah ditakdirkan, akak buat andaian dari apa yang akak lihat dan juga kata2 semangat yang di lontarkan TETAPI ianya seolah olah sudah terbongkar bahawasanya dia tidak lah kuat sangat, kenapa akak kata macam tu, di akhir perbualan, akak bagitahu yang akan nak tulis kisah ini dalam blog dengan tajuk “di tinggal isteri” tiba2 dia bagi cadangan, tulislah “duda sengsara” kak, serta merta akak boleh nilai keadaan dia sekarang ini…nasib baik “duda sengsara” dan bukan “duda gersang” hehehe jangan maraaaaa

apapun yang terjadi, akak doakan moga Allah permudahkan segala urusan dalam mengharungi hari2 mendatang bersama anak2 tercinta, dan inshaAllah, akan ada pengganti yang setanding dengan arwah isteri mu itu, aminnnn….

sekian buat kali ini, yang baik semuanya dari Allah SWT…

wassalam

Sila Kongsi :