gigitan cinta

hehe agak kelakar jugak cerita yang kak sweetkurma nak sampaikan ni… mungkin tak kelakar pun buat korang huhu…apa lah gigitan cinta tu, kak sweetkurma tak tau lah (buat2 tak tau hehe)…

gini kisahnya, adalah sorang hamba Allah ni, beristeri baru senyap2 tanpa pengetahuan isteri pertama… ala biasalah kes cilok sana cilok sini, mana ada yang boleh bertahan lama….

satu hari, si isteri pertama ternampak gigitan cinta di badan suami…memang terkejut beruk dan berderau darah merah turun naik turun naik, sebab seingat dia, dia memang dah lama tak buat gigitan cinta kat badan suami…seperti biasa si suami mana nak mengaku kan kan, bila di soal siasat…

atas desakan dan taktik si isteri, emmmm kantoi jugak, akhirnya si suami mengaku yang dia sudah bukak cawangan baru dan gigitan cinta yang ada di badannya adalah gigitan cinta isteri barunya….

uwaaaa….bila dah tahu maka bermulalah kisah duka seorang isteri sebab di duakan suami yang selama ini paling dipercayai dan dicintai…. agak2 berapa lama lah kita ni boleh berduka, meratap dan merintih atas perkara yang sudah berlaku sedangkan suami masih setia dan bertanggungjawab terhadap rumahtangga yang di bina sekian lamanya…lama2 hilang lah semua duka tu kannnn….

berkongsi itu indah….

Sila Kongsi :